Baju Melayu Budak

Baju Melayu budak - merata ada. Selalu beli sahaja di jusco. Cari yang kain tidak panas kerana Adam berbaju Melayu untuk solat di nursery dulu.

Sekarang sudah ke tadika. Baju Melayu tidak dipakai setiap hari. Jadi, rasanya tidak salah jika membeli yang murah sedikit. Pakainya sekejap pun, jika ada function raya di school. Hahahah...

Baju Melayu murah memang banyak. Tapi, kita nak hunting baju Melayu yang murah tetapi tidak panas. Esok raya, gamaknya mesti ada baju Melayu murah kan? Nak ke Jalan TAR, memang tidaklah. Hanya intai-intai di booth-booth berdekatan rumah.

Hari ini, ops melengkapkan kelengkapan bersalin mama dan baby. Juga membeli baju Melayu Adam. Dengan badan yang gempal dan perut yang besar ni, rasa tiada mood nak melaram raya. Bukan cantik pun bila berbadan besar =)

No comments:

Post a Comment