Posisi Tidur Yang Patut Dielakkan Ketika Hamil

Info dari Pa&Ma Sep, 2010.

Masa hamil, posisi tidur yang perlu dielakkan adalah menelentang dan meniarap.

Kenapa tidak boleh menelentang?  Sebabnya, ia akan menyebabkan sakit belakang, sukar bernafas, masalah penghadaman, hemorrhoid, tekanan darah rendah, pengurangan saluran darah dan oksigen kepada jantung anda dan bayi.

Kenapa tidak boleh meniarap? Sebabnya, abdomen akan menanggung perubahan fizikal dan tentunya anda akan sukar tidur dalam keadaan meniarap.

Jadi, nak tidur posisi mana? Yang terbaik adalah mengiring ke kiri. Ia dapat mengelakkan kita menghimpit hati yang terletak di bahagian atas kanan perut. Ia juga membantu meningkatkan aliran darah dan zat makanan untuk disalurkan kepada baby.

Jadi.... jom! Tidur mengiring ke kiri!

2 comments:

  1. kalau lelaki perut buncit sesuai tak tidur mengiring ke kiri...hehe

    ReplyDelete
  2. masa pregnantkan afia tak suka mengiring sebelah kiri..kanan best lg..yg penting mengiring kan?hehe

    ReplyDelete