Pengalaman Di Bulan Puasa

Tahun lepas, Adam berpuasa. Tidak lah penuh sebulan, tapi, dapatlah juga beberapa hari berpuasa penuh. Semangat bangun bersahur. Semalam, bangun juga bersahur. Tapi, dah pesan dekat teacher, kalau nampak lembik sangat, suruh la Adam makan. Sebab kes tahun lepas, nak berpuasa punya pasal, sampai muntah-muntah masuk angin. Silap sendiri la tak kejut Adam makan sahur pada hari pertama puasa. Tak sangka dia nak berpuasa penuh. Sejak tu, memang kejut Adam bangun sahur. Kot-kot dia berkeras nak puasa penuh. Tapi sebenarnya, nak latih puasa separuh hari sahaja.

Tahun ni, semalam tanya Adam, " Puasa tak? ". 

" Tak. Adam lapar, makan nasi goreng ".

Kata teacher, Adam bertahan separuh hari sahaja =)

Agaknya, dulu dia bertahan kerana nursery dua tingkat. Kelas di atas dan tempat makan di bawah. Terlawan la godaan. Kali ini, kelas sebelah tempat makan. Mau tak terliur tengok kawan-kawan makan. Hihihi...

5 comments:

  1. adam puasa yangyok yeaaa! xpe2. cuba lagi!

    ReplyDelete
  2. haha, tak pela, adam cuba puasa setakat yang boleh k..

    tahun lepas, dah ada hari yang adam puasa penuh? kagumnya.

    ReplyDelete
  3. takpe.. nnt bleh trained lagi.. lama lama die ok la tuh..dapat puasa setengah hari pun da alhamdulillah...

    ReplyDelete
  4. takpe... slow... adam khaleef sahur pukul 7 , pukul 10.30pg dah mintak makan... hihi

    ReplyDelete
  5. puasa setengah hari pun dh ok dah adam..janji belajar puasa n tahu kepentingan puasa

    ReplyDelete