Tukang Siram Pokok Bunga

Dua pokok bunga ni, adalah di bawah jagaan Adam. Ewahhh.... taktik malas kot. Sebenarnya, sebelum ini, memang mama yang kena siram bunga ni. Hanya perlu spray sedikit sahaja.

Sekarang, ianya tugas Adam! Hihihi...


Sebabnya, selalunya Adam nak tolong semasa mama buat. So, officially, mama berikan tugas ini kepada Adam. Adam akan spray di waktu pagi dan petang.


Nampak remeh kan? Tapi, aktiviti menggunakan water spray ni bagus sebenarnya. Ia akan membantu menguatkan jari-jemari halus anak. Bila tangan kuat, barulah pegang pensil pun kuat dan dapat menulis dengan yakin.

Walaupun Adam dapat menulis dan membaca, pegangan pensil Adam sebenarnya masih belum berapa elok. Perlu banyak membuat aktiviti yang boleh menguatkan tangan

3 comments:

  1. jangan lupa siram setiap hari yer Adam...:)

    ReplyDelete
  2. rajinnya adam, anak sy sibuk nak bela ikan.. tp kita org ni jarang ade kat rumah.. tgh pikir nak bela tak..

    ReplyDelete