Ragam Anak

Pernah tak alami macam ni.... malam dah lewat, tiba-tiba anak mengadu lapar. Dah tu, siap ada menu yang di teringinnya?

Hahaha.... kalau menunya sekadar goreng nugget atau sosej atau apa-apa yang instant, tak apa la. Ini menunya - nasi goreng, mee goreng dan seangkatan dengannya. Tengah malam tau!

Pernah terkena beberapa kali. Adam kata, tak boleh tidur kerana lapar. Kelentang-kelentung la menggoreng mee di dapur.

" Jangan tidur tau! ".

Siap je masak, anak manja dah tidur. So, sapa makan??? Hihihihi....

Atau pun, masa masak awal malam tu, dah kautim lauk dengan anak. Siap masak, tetiba dia tak nak makan. Kena la masak lauk lain. Ye la... nak bagi anak makan. Pung pang pung pang.... siap masak lauk baru. Tetiba...

" Dah kenyang ".

Erkkk... Dia makan lauk asal yang dia minta.

Hai lah anak bujang =)

9 comments:

  1. untung jugak dia tido,mama la yg kena habiskan.huhu

    ReplyDelete
  2. kalau lagu ni lah kan..mau mama yang jadi montel...
    hehehehhe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkkk.... maybe papa yang montel =)

      Delete
  3. macam macam ragam yer....hehe

    ReplyDelete
  4. YA. dulu selalu juga anak2 begitu. baru maknya nak letak badan, dia kata: "Laparlah, nak makan."
    Adoi!

    Tapi sekarang, sebelum masuk tidur, siap2 tanya anak: "Lapar x? nak makan2 apa2 x sebelum tidur?"

    ReplyDelete
  5. mudahnya dia tido ek..kalo ank kite gini fuhh lega nih puas kalo nk tido mama tido dulu la jawabnya..hahahaa

    ReplyDelete
  6. Alahai adam, macam2... kesian mama dia... tp kalau ingat2 blk mesti jadi bhn gelak... hihihi

    ReplyDelete
  7. macam2 kerenah anak2 ni ye,nasib baik adam akak tu tak pandai minta makanan tgh malam lg,klu dia dah pandai esok..taktau la mcm mana

    ReplyDelete