Kita Nak Sepuluh!

Anak bujang ni, sering bawa bekal ke tadika. Bekalan ringkas sahaja - roti, roti sosej, nugget, kuih dan sesekali nasi lemak. Yang wajib ada setiap hari adalah varieties of biscuits atau coklat dan air susu coklat/strawberry atau air milo. 

Makanan kalau di bawa, memang lah untuk dimakan bersama. Kalau bawa untuk sorang makan, kasihan la kan budak-budak lain. Owh... makanan memang disediakan pihak tadika sepanjang hari. Bekal ni, hanya untuk mengalas perut atau makan santai di waktu petang =)

Kalau bekal sikit, kita makan dalam kereta je.

Ini cerita lucu. Selain kes meminjam milo ( air kotak biasanya bawa hanya untuk Adam - 2 kotak sehari ), ada lagi satu kes...

Time di bawa nugget, walaupun bawa sebekas penuh, Adam mungkin dapat makan seketul sahaja. Ramai kan... budak-budak pulak biasa berebut. Anak bujang ni, tak reti nak rebut.

Yang best baru-baru ni - bawa sebekas choclairs. Banyak mana la sangat kan... dapat lah seorang satu. Tapi, ada sorang budak ni cakap...

" Kita nak sepuluh! ".

Hihihihi... mau sepuluh ka? Tengok la kawan-kawan ramai sayang. Dapat la budak tu 4 biji. Hahaha.... sebab itu je yang cukup.

" XXX tu memang macam tu mama. Orang lain semua dapat satu, dia nak dapat banyak ".

Macam-macam ragam. Inilah adat berkawan. 

13 comments:

  1. hehe..lawak la budak2 ni kan kak. sy dulu pun masa tadika selalu gak bawak bekal, mmg dpt saki baki je la yg lain semua kawan dah kebas. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kes.... dpt 1 pun, untung dah

      Delete
  2. Tak apalah MA.... Niat sedekah jelah hehe...

    ReplyDelete
  3. tu dia,..kan main banyak tu nak sampai sepuloh..hihihi..jenuh laa nak sedekah..hihi... kalau hari2..rabak...

    ReplyDelete
  4. budak² biasalah .. anak sy pun kadang² mcm tu jugak .. kalau bwk makanan mesti ingat utk kwn² dia..

    ReplyDelete
  5. diorg mmg la kan,,semua nk kasi gan kawan²nya..macam qahyra juga la..nk bawak apapon mesti lebih..tp xper aggap je wat knduri gan budak²..pahala pon lebih,.hehee

    ReplyDelete
  6. makan dgn kawan2 mmg best, tp kesian adam ye x pandai nak berebut untung dpt jg,nasib xxxx tu tak rembat semuanya

    ReplyDelete
  7. Alahai... kesian Adam, tak pe la... baik hati Adam ni sebab beralah...

    ReplyDelete