Khasiat Kurma Untuk Ibu Mengandung


Bulan Ramadhan menjelang tiba. Jadi, kurma pun ada di mana-mana. Senang nak membuat pilihan, hanya perlu tunjuk dan tunjuk.

Kurma berkhasiat untuk semua. Bukan hanya ibu mengandung. Owhhhh.... makan kurma eh?

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Khas untuk ibu mengandung pula : Kurma kaya dengan hormon potuchin dan hormon oksitosin.

Hormon Potuchin - Hormon ini berfungsi untuk mengikat rahim dan otot rahim sehingga dapat membantu mengurangi pendarahan lepas melahirkan. Ianya juga akan membantu dalam penghasilan susu ibu. 

Hormon Oksitosin - Membantu dalam merangsang rahim ibu ketika bersalin sekaligus membantu kelancaran proses kelahiran. Ianya juga bermanfaat untuk mengeringkan rahim dan meningkatkan kekuatan otot.

Jadi, sapa tak suka kurma, makan chocodate la kot =)

4 comments:

  1. great info. thanks for sharing kak!

    ReplyDelete
  2. tq share info yg sangat bmanfaat ni buat ibu2 prggy..:)

    ReplyDelete
  3. dulu tak berapa suka,time berbuka cuma makan satu je, skang ni sgt suka kurma n khasiatnya!

    ReplyDelete