10 Petua Merawat Luka Episotomi

Ngeri tak tengok gambar? Ngeri kan? Walaupun ngeri, harapannya, biarlah boleh bersalin normal. Doktor yang merawat mengatakan kemungkinan besar MA akan melahirkan secara ceasarean lagi, tapi, kuasa tuhan, siapa yang tahu? Konon-kononya nak berbengkung bagai jika bersalin normal. Nak kurus, slim dan gorjes. Hihihi....

So, bila dah macam ni, kena siap sedia dengan ilmu bagi kedua-dua cara kelahiran.

Petua 1 : Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian luka. Lakukan 2 atau 3 kali sehari hingga luka sembuh.

Petua 2 : Amalkan memakan ikan haruan - bakar atau rebus. Jangan digoreng.

Petua 3 : Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.

Petua 4 : Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tersebut sehingga mendidih.  Minum air rebusan tersebut setiap hari semasa masih suam.

Petua 5 : Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus - ibu dan anak darah O perlu elakkan lada hitam di awal pantang.

Petua 6 : Basahkan manjakani. Asah pada bontot pasu. Sapukan pada bahagian luka.

Petua 7 : Banyakkan makan zinc complex. Ia membantu mempercepatkan proses baik luka luaran dan dalaman. Shaklee ada jual. Id saya : 954336 =)

Petua 8 : Sitz bath - rendam punggung di dalam besen berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersihkan luka sehingga ke dalam vagina.

Petua 9 : Senaman kegel - dibuat 100 -200 kali sehari untuk melancarkan perjalanan darah ke vagina. Dengan itu, luka cepat sembuh.

Petua 10 : Minum air kunyit. Kunyit kaya dengan antiseptik. Namun, tidak boleh diambil selalu. Amalkan minum sebanyak tiga kali sepanjang tempoh berpantang. Seelok-eloknya selepas seminggu berpantang dan di minum selama tiga hari berturut-turut. Haaa... Ni pun sama. Ibu darah O berhati-hati ye :)

3 comments:

  1. Kenapa berisiko ceaser lagi? Takpe, banyakkan berdoa ye..mintak dimudahkan semuanya..

    bagus MA cari pelbagai ilmu bersalin ni.. Semoga dah bersalin nati senangla penjagaan.

    ReplyDelete
  2. anak kedua bersalin mama rasa kena gunting cam ni..
    takde rasa sangat pun, yang terlebih rasa sakit nak bersalin tu ada lah.. hihi

    ReplyDelete
  3. yg lain tu macam ok je..bab minum air kunyit tu macam tak rela ai.hehe

    ReplyDelete