Ventolin Untuk Menghentikan Kontraksi Pramatang


Nampak tak ubat putih kecil-kecil tu... saiz dia kecil aje, di antara saiz panadol dengan ubat selesema. Hihiihi... gambarnya pulak, entah apasal tak nak rotate betul-betul.

Ventolin ini bukan untuk meredakan asthma tau. Ini adalah ubat untuk menghentikan kontraksi pramatang - premature contraction. Errr... bukan contraction yang di rasa sebulan sekali atau seminggu sekali.... ini untuk contraction yang dirasai semasa nak bersalin. Yang kena kira berapa minit berapa minit tu. Tapi, kena dihentikan jika ia datang terlalu awal, bagi mengelakkan kelahiran pramatang.

Ubat ni nampak kecil. Dos pun kecil juga. Selalunya, doktor akan precribe makan 2mg sekali makan. Maksudnya, potong ubat menjadi separuh. Kalau tahan la.... kalau tak tahan, potong menjadi empat.

Wahhh... main-main potong pulak ubat ni kan. Ini orang kata kecil-kecil cili padi. Kesan sampingannya adalah dada berdebar-debar. Ya Allah, berdebar sampai rasa macam nak menggigil pun ada. Macam baru lepas lari pecut 100m pun ada - terkenang pulak zaman sekolah dulu. Hihihi.... rancak kumpul medal time tu =)

4 comments:

  1. mmg doktor yg syorkan ke kak?
    x pernah try lg

    ReplyDelete
  2. baru tau akan kewujudan ubat ni.doc soh mama adam makan ke?

    ReplyDelete
  3. ada masalah lagi ke MA? harapnay baby kuat ye..... MA pun kuatkan semangat dan banyakkan berdoa ye...

    ReplyDelete
  4. Jaga kesihatan u.Jgn duk buat keje berat k..

    ReplyDelete