Terharunya Apabila Ada Sikap Prihatin

Selamat mengundi!

Alhamdulillah. Di saat tinggal hanya berdua dengan Adam, tidak banyak karenahnya. Lima tahun memegang status sebagai anak tunggal, memang Adam dimanja. Cuma kami bernasib baik kerana kurangnya karenah nakal Adam. Kenakalan yang ada, masih boleh dibentuk dan ditegur.

Apabila tinggal berdua, kebiasaannya lampu bilik air dibiarkan menyala. Jadi, tak perlu MA turut bangun jika Adam perlu ke bilik air. 

Namun semalam, Adam haus. Biasalah anak kecil meng order pesanan :

Mama haus.

Jawapan ringkas " Mama kan tak sihat.  Boleh ambil sendiri? ".

Tidak terlintas pun untuk melihat Adam bangun pada jam 3 pagi, keluar bilik dan masuk balik.

" Dah minum? ".

" Dah ".

Pintu bilik ditutup dan Adam menyambung tidur.

Lega. 

Waktu tidur juga mudah. Memang Adam tidak tidur selewat dulu,  namun lewat juga pada hujung minggu. Tiga malam Adam tidur awal. Rezeki. 

" Sleeps early ye. Mama tak boleh nak main dengan Adam ".

Pandai pula Adam baring dan sedar-sedar sudah tertidur. 

Syukur sangat. Di saat segalanya terasa susah, nampaknya ada benda yang dipermudahkan. Pandai anak mama menyesuaikan diri. 

Small things that you do always count. Mama appreciate sangat-sangat.  Love ya =)

6 comments:

  1. eh, dah ada approval ke? mana pergi komen tadi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. la, nak kena tulis blik, dia hilang....pelik betul...

      first, alhamdulilah sebab sentiasa ditemani anak yang baik macam Adam ni, kan? lagi lagi di saat mamanya tak sihat ni, saya pun tumpang gembira MA tak perlu risau sangat pasal Adam, nampaknya dia tahu apa yang berlaku...
      MA jaga diri baik baik ye..semoga Adam junior pun anak yang mnyenangkan juga nanti.

      Delete
  2. insyaAllah, Adam jd anak yg soleh. amin :D

    ReplyDelete
  3. Adam anak yang baik =)

    erna pun sama mcm mama adam..kadang tu kita nampak kecil je perkara yang anak kita buat. tapi, jauh d sudut hati..rasa syukur sangat apa yg Allah kurniakan :)

    ReplyDelete
  4. Adam anak yg baik dia tahu dia bakal bergelar abg long so dari skrg dia kena pandai berdikari...so adam auntie nak adam jg mama dan baby baik2 k..always help your mommy k

    ReplyDelete
  5. Adam anak yg baik dia tahu dia bakal bergelar abg long so dari skrg dia kena pandai berdikari...so adam auntie nak adam jg mama dan baby baik2 k..always help your mommy k

    ReplyDelete