Sindrom Pinjam Barang

Ini celoteh mak-mak. Hihi... telatah budak-budak.

Adam memang bawa bekal ke sekolah - air kotak, biskut dan sesekali kad. Biasa jika air makanan dan minumannya hilang daripada dalam beg. Sesekali, Adam melihat bekal makanannya di makan.

" Eh... saya punya la ".

Nasib baik, dapat lah sikit. Huhuhu... bekal perlu di bawa banyak supaya boleh dikongsi bersama.

Tapi, kad yang dibawa untuk menghabiskan masa bermain bersama kawan jika Adam terpaksa stay back, jangan lah di pau. Sudah dua set kad di pau oleh kawan yang lebih besar.

Kesempatan lepak di tadika Adam memberi kesempatan untuk beramah mesra. Kebetulan telah diberitahu Adam siapa yang suka mengambil barang di dalam beg nya.

" Ada pinjam kad Adam? ".

" Ada ".

" Dah pulang? ".

" Dah hilang ".

" Lain kali, kalau pinjam, mesti pulangkan.  Jangan bagi hilang. Jangan pinjam lagi ok? ".

Dia angguk sahaja. Tiba-tiba dia bagitau mama sesuatu...

" Dia tu suka pinjam air milo Adam ".

Erkkk.... pinjam? Huhuhu.... 

" Air milo tak boleh pinjam ".

Rasanya dia tak dengar ayat tu. Untuk elakkan air milo Adam di pinjam, MA ajar Adam sorok air milo di celah-celah baju. Lepas ni, jangan bawa kad pergi school ok Adam. Air dan biskut pun, kena makan dalam kereta la gamaknya. 

Agak-agak, budak tu faham ke conversation MA dengan dia tadi?

4 comments:

  1. As mother kdg2 dr rumah kena pesan anak2...pesan mak asydhia haik mkn dalam kereta siap2 pergi and balik..hope adam kuat dlm berkawan k :)

    ReplyDelete
  2. salam, ank sy pun baru kenal alam pra persekolahan, ada sselalu berpesan, kalau kawan amik barang, ckp dgn kawan nanti mummy marah. tak tau lah cara ni betul atau esalah. :-/

    ReplyDelete
  3. agak2 budak tuh insaf tak...hehe

    ReplyDelete
  4. Alahai sian adam air milo ada org pinjam ye? Kalau kad kesukaan dipau pun sakit hati juga, tp lagi kesian klau makanan atau minuman....harapnya lepas ni x berulang lg

    ReplyDelete