Selamat Hari Guru

Kad ucapan hari guru telah selamat diberikan kepada teacher. Yang bestnya, Adam bagi di hadapan kawan-kawan. Siap kawan suruh Adam buat satu untuk diorang lagi.

" Cantiknya... siapa yang buat ".

" Adam buat. Ada lagi kat rumah. Ada bentuk ice cream ". 

Wahhh... anak mama. Siap promote lagi.

Budak sebesar Adam ni, belum pandai nak minta belikan hadiah untuk teacher. Paling tidak pun, suruh mama bawakan breakfast / kuih untuk teacher. Haaa... kat nursery dulu, teacher favourite selalu la dapat. Walaupun tak seberapa, touching juga, sebab Adam bisik dekat cikgu.

" Dalam beg saya ada kuih untuk teacher ".

Bisik sebab bawa sikit. Kalau bawa banyak, memang akikah sekelas la =) *ada entry ni dulu, entah mana nak link :)

Mungkin kad pertama diterima, wish pertama juga - kami kasi kad awal, jadi, sebagai menghargai Adam, Adam dapat party pack dari teacher. Bangga la Adam sebab dia seorang je yang dapat. 

Kata Adam, teacher tampal kat dinding card tu. Seronok Adam. Tak sia-sia la Adam berusaha membuat kad ucapan hari guru untuk guru-gurunya.

4 comments:

  1. Lupa la hari guru...besa anak mintak hadiah untuk beri kat cikgu kan...hihihi

    ReplyDelete
  2. anak sekecil adam pun pandai menghargai teacher.klu sy jadi teacher adam pun terharu kot..seronok betul ye adam hasil kretivitinya ditampal..;)

    ReplyDelete
  3. Seronoknya jadi cikgu adam ni...mesti bangga cikgu adam ni.

    ReplyDelete