Sabun Untuk Kulit Sensitif

Nak kata sabun, sebenarnya bukan sabun. Pencuci tanpa sabun. Untuk pengetahuan, kulit Adam sangat sensitif terhadap panas. Panas yang sikit-sikit pun akan meninggalkan tanda pada kulitnya. Teruknya sampai nursery tidak terima Adam semasa baby kerana disangkakan demam campak. Untuk kebaikan semua, bercutilah mama menjaga Adam di rumah.

Alhamdulillah sejak memakai moogoo ini, kulit Adam terkawal. Bersih. Namun, apabila ada aktiviti berpanas seperti picnic semalam, naik tanda-tanda rashes pada pergelangan tangan dan kaki. Adanya penawar ini, menyebabkan ianya terkawal dan tidak merebak.

Set moogoo ini meliputi sabun mandi, shampoo, dan 3 losyen - 1 base, 1 untuk losyen jika keadaan kulit teruk, dan 1 untuk dipakai biasa-biasa.

Nampak banyak, tapi untuk satu-satu masa, bukan semuanya dipakai.

Siapa nak tau detail pasal review produk ni, boleh la melawat entry lama di sini


    

Untuk orang dewasa, boleh try produk Shaklee - ESP dan GLA. Testimoni terbukti di depan mata. Akak ni, diserang ekzema yang teruk. Sampai kehitaman kulit badan akibat parut. Alhamdulillah, selepas tiga bulan mengamalkan ESP dan GLA Shaklee, ekzemanya berkurangan. Parut hitam juga makin kurang. 

Sebab Adam budak lagi, MA hanya beri ESP kepada Adam. Dos dikurangkan sedikit.

Sesiapa nak mencuba ESP dan GLA shaklee, boleh la contact seperti di bawah. Lain-lain produk Shaklee pun boleh. Harga memang mampu milik berbanding kesihatan yang lebih utama =)


Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 629 5415

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

7 comments:

  1. bagus ni...akak ada cari jugak tp x jumpa pun nak beli kat mana,xpe akak pegi lawat entri lama MA ye..

    selamat hari ibu jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat vitacare ada...
      dia jual sama ada 1 set atau pun loose. boleh beli satu-satu.

      Selamat hari ibu =)

      Delete
  2. kiranya kulit adam mmg jns sensitif ye.. mujur jumpa pyelesaiannya,

    ReplyDelete
  3. oh ..kulit adam lebih kurang kulit husna , memang akan timbul bintik2 tu , tp lepas mandi n sejuk hilang la balik

    ReplyDelete
  4. salam,

    pengalaman anak bungsu bunda dulu pun macam tu jugak...sentif kulit nya..

    alah dengan sebarangan sabun..walau pun sabun bayi.. last bunda dapati dia cuma serasi dengan sabun jenis SebaMed..

    rangkaian sabun ni jarang dijumpai sebarang kedai...kat farmasi jer ada kot...ada sabun mandi, syampu dll..tak tau lah bunda lama tak jumpa, ntah ada lagi tak, dah lama tak gune...anak pun dah besar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produk sebamed masih ada di pasaran. Even dkt pasaraya besar pun ada. Kami tak pernah cuba sebamed.

      Delete
  5. ciktom jenis kulit sensitif jugak..nak try tgk jgk produk tu...

    ReplyDelete