PRU 13 Dan Kesannya Terhadap Anak

Kurang 48 jam lagi PRU 13 akan berlangsung. Entry ini sebenarnya hendak dikarang sebelum entry saya anak Malaysia ini. Kerana dengan berkibarannya pelbagai bendera parti, banner, bunting dan juga pelbagai lagu dan iklan di tv yang turut meletakkan lambang parti mengundang pelbagai tanda tanya. Pemikiran anak seperti Adam bertanya macam-macam soalan sehingga ada yang tidak terlintas akan ditanya oleh anak berusia 5 tahun.

Penerangan tentang pilihanraya perlu diceritakan dengan baik. Tidak perlu pro kepada mana-mana parti. Hanya bercerita apa itu pilihanraya dan mengapa ianya penting dan mesti diadakan.

Adam juga bertanya kenapa berebut untuk menjadi leader? Jawapan mudah adalah untuk menetapkan undang-undang kerana apa disuruh leader perlu diikuti. Wahhh... gahnya peranan seorang pemimpin di mata anak kecil.

Soalan seperti mengapa di pangkah dan bukan tanda lain juga ditanya. Even iklan di tv, mata Adam tertangkap dengan segala simbol yang tidak sempat dilihat oleh MA. Hanya apabila Adam meminta penjelasan lanjut, barulah terbuka mata untuk melihat simbol-simbol atau perilaku yang dipaparkan.


Soalan-soalan dan pemerhatian tajam ini, tidak pernah terlintas di fikiran akan mengganggu pemikiran anak. Juga ditanyakan kenapa tidak di buat live kempen supaya boleh melihat terus di depan mata.

Errr... banyak life kempen sebenarnya. Cuma kita je tak pergi.


Di dalam memberi input ke dalam pemikiran anak, kita perlu bersikap adil. Neutral di dalam segalanya.

Panjang pula entry ni. Selamat mengundi =)


2 comments:

  1. Setuju dgn pendekatan MA ni..bagus bg pendedahan sejak awal.

    Tapi MA, ada parents yang bagi pendedahan yang tak baik kepada anak2.. Di sekolah ada yang saya jumpa budak yang kemain banyak mengutuk macam2 kalau pasal politik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasihan anak-anak kalau dari awal dididik dengan pelbagai ideologi macam tu. Nanti dalam hati ada sifat membenci. Sedangkan seeloknya, zaman kanak-kanak adalah untuk memandang semua benda secara positif. Maklumlah hati masih suci.

      Delete