Otak

Soalan-soalan dari Adam agak spesifik sejak membesar ni. Soalan yang diutarakan malam tadi adalah berkenaan otak manusia.

" Macam mana bentuk otak? "
" Otak di simpan dalam kepala ke? "
" Otak diperbuat daripada apa? "
" Kenapa Allah buat otak? "

dan.... macam-macam soalan lagi. Tak terfikir pulak Adam nak tanya soalan detail macam tu.


Itulah gambar otak. Allah buat supaya manusia berfikir. Nak buat apa-apa, kena fikir dulu pakai otak. Haiwan pun ada otak, tapi haiwan tak berfikir. 

Ada jawapan yang memuaskan hati, ada juga yang memerlukan penjelasan lanjut. Budak celik IT, kalau kita kata tak berapa tahu, dia suruh google. Kat internet macam-macam ada. Hihihihi....

3 comments:

  1. Bijak tul Adam ni. Mencabar juga nak terangkan bab ni..

    ReplyDelete
  2. hihihi akan pelbagai soalan lagi akan menyusul. budak yang rajin bertanya n rasa ingin tahu, bijak.

    ReplyDelete
  3. haha ye kan macam-macam soalan budak2 skang tnya.naik pening nak jawab..

    ReplyDelete