Obimin Punca Bayi Besar

Obimin adalah supplemen yang akan diberikan oleh doktor kepada ibu mengandung. Ia mengandungi pelbagai mineral dan vitamin untuk memenuhi keperluan ibu mengandung. Kandungan utamanya adalah asid folik, zink, calsium dan vitamin serta mineral lain.

Hmmm... kalau dah kandungannya adalah untuk memenuhi keperluan seharian ibu mengandung, datang dari mana mitos obimin menyebabkan bayi besar di dalam kandungan?

Tiada kaitan sebenarnya bayi besar dalam kandungan dengan obimin. Bayi besar atau macrosomia adalah bayi yang beratnya melebihi 4kg. Bayi yang besar di dalam kandungan, memang bahaya. Jom tengok faktor bayi besar dalam kandungan :

Genetik
Jika berketurunan rangka besar, tak kan anaknya berangka kecil?

Kencing manis
Kencing manis ketika hamil memang faktor utama menyumbang kebesaran bayi dalam kandungan. Kadang-kadang tu, ibunya kecil kurus sahaja. Rupa-rupanya, wahhh... besar anak dia.

Overdue
Kandungan terlebih hari memang akan besar sedikit. Maklumlah, banyak dapat zat dari ibu.

Pemakanan
Bukan sebab makan obimin! Tapi sebab pengambilan gula, karbohidrat dan lemak yang berlebihan. Kadang-kadang, berat ibu memang mengejutkan kerana berselera makan, tapi, leganya tak terkena kencing manis.

Jika ibu tidak berdaya mengambil obimin kerana bau atau saiznya, boleh sahaja digantikan dengan supplemen lain. Atau, ibu hendaklah menjaga diet pemakanannya sehingga dia mampu makan obimin. Hiihihi...

3 comments:

  1. Betul ni, saya pelik knapa ramai yg percaya obimin buat baby besar sedangkan tu tuk kesihatan baby dan mama.. Kalau saya, mmg amik obimin setiap hari, anak2 tak sampai 3kg pun lahirnya.

    ReplyDelete
  2. Org selalu bercerita mcm tu... sbb tu org yg pregnant, terutama yg first time pregnant akan percaya... kan elok rujuk pd doc yg cek kita tu... utk sebarang kemusykilan...

    ReplyDelete
  3. err...errr...tgh jaga la nie..hehehee...

    ReplyDelete