Nilai Duit Belanja Budak Sekolah

Berapa nilai duit belanja budak sekolah sekarang ni? RM 5? RM 10? MA dulu bawa RM 0.50 je. Untuk sehari. Siap bawa bekal nasi lemak / bihun dan air. Air memang wajib la kan. Itulah zaman sekolah rendah dulu. Zaman anti, dia dapat RM 3-5 sehari. Anti juga bawa bekal. Itu semasa tahap 1 sekolah rendah.

Zaman Adam entah macam mana. Adam dah mula teringin nak dapat duit belanja sekolah. Ada beberapa orang budak transit di school Adam. Sekolah rendah - darjah 1 -3. Masing-masing ada duit belanja. Sesekali, diorang beli nasi etc dan makan di school Adam. Adam kata, seronoknya dapat duit sendiri. Kalau rasa nak apa-apa, boleh terus beli.

Hihihi.... sabar ye sayang. Budak tadika tak perlukan duit belanja. Cukup la bekal makanan tambahan yang disediakan sehari-hari.

Agak-agak, mampu ke nak sediakan bekal untuk anak? Bekalan makanan memastikan anak makan makanan berkhasiat. Sebab duit MA dulu tu, gunanya untuk beli ais krim dan seangkatan dengannya. Nak beli kuih, perut dah kenyang makan bekal yang emak sediakan =)

7 comments:

  1. dulu klau bdk skolah bawa duit saku RM5 dah dikira mewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman berbeza dan tempat juga. Makanan di sekolah anti mahal. Kalau banding dengan RM 0.50 MA tu, memang sangatlah mewah. Jarak umur kami pun beza 10 tahun...

      Delete
  2. sama la kita. erna dulu pun belanja 50sen je sehari masa sekolah rendah. nilai duit sekarang sangat berbeza dengan dulu. Nanti bila iman dah besar, agak-agak RM10 kan sehari bekalan ke sekolah. hurm

    http://ummierna.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Kena menabung dari sekarang. Dulu singgit nilai dia besar sgt. Hehe

    ReplyDelete
  4. Ai..adam dah pandai minta duit poket ye? Pengaruh rakan ni. Saya pun penah terfikir hal ni sebab saya tgk budak sekolah saya kalau cikgu mitak bayaran apa ramai yg jenis hulur je, ada yg akan belanja rakan satu kelas terus.. Entah berapa note 50 yang dia bawa ke sekolah.. Apalagi zaman adam dan naim di sekolah menengah nati...

    ReplyDelete
  5. masa cikgu tadika dulu, ayah cikgu bagi 30sen jer. 10sen utk beli minuman, 20 sen lagi utk makanan. kekadang ada bawak balik baki 10 sen utk masuk tabung. sekarang apa la sangat duit 30 sen tu. nak beli air pun tak lepas huhuhu

    ReplyDelete
  6. sydulu duit belanja sekolah rendah 30sen ja.ptg 20sen.sekolah menengah rm1 je.haha..

    aiman makan semua kt tadika.mmg tak pernah bawak bekal..tp sehari abah bg rm2 utk tabung.simpan kt cikgu nti hujung taun cikgu pulangkan duit tu..kira macam duit belanja la tp duit tu simpan.nk beli apa je kt sekolah bukan ada kantin.hehe

    ReplyDelete