Main Nyorok-Nyorok

Main nyorok-nyorok. Biasa buat? Biasa la bagi yang ramai adik-beradik atau di kelilingi rakan sebaya.

Untuk Adam, first time ni. Tapi sayang, malas pula nak snap gambar. Ada kenduri kesyukuran di rumah wan. Ramailah sanak saudara datang menjengah. Dannn... ramai jugalah budak-budak kecil yang biasanya berjumpa setahun sekali. Wahhhh... berkejaran masing-masing ke sana dan ke sini.

Baju Adam entah berapa kali basah dan kering semula. Berpeluh berlarian ke sana-sini. Penat main, minum air sikit dan sambung lagi. Seronok!

Malamnya, selesai mandi, main lagi. Wahhh.... tak reti nak berehat budak kecil ni bila dapat geng. Untunglah ramai yang sebaya =)

2 comments:

  1. seronok betul nampaknya adam main sorok sorok dengan sedara maranya... nanti ada adik, dah besar sikit ajak adik main sama ye..

    ada kenduri rupanya, patutla mama adam dah lama tak update

    ReplyDelete
  2. Seronok sgt jumpe sepupu sepapat yer.

    ReplyDelete