Lepat Pisang


Sudah beberapa hari anak bujang ni teringin nak makan kelepat pisang. Ok... ini namanya lepat pisang, bukan kelepat pisang. Hiihihi...

Benda tak ada, bila mintanya malam-malam hari, mana nak cari sayang... walaupun tak susah mana nak membuatnya, tapi.... hihihihi.... 

Akhirnya dapat juga lepat pisang ni. Haaa.... ambik. Sekali papa beli dengan lepat ubi sekali. Teringinnya, mengalahkan ibu mengandung! Sekali, tengok-tengok makannya tak habis pun satu. Separuh saja. Sambil mulut puji-puji sedap, suruh beli lagi untuk bawa bekal ke tadika. OK...

Nasib baiklah ada mama yang tengah berselera makan ni. Lepat pisang, lepat ubi, kuih koci dan pulut panggang, semua mama bedal. Adam memang dah puas hati dengan separuh lepat pisang dia tuh.... nasib baik la belinya serba satu. Kalau banyak, sapa nak habiskan?

1 comment: