Kereta Baby

Kereta lama masih digemari. Adam selongkar stor barang baby - barang-barang Adam dulu ya. Mulanya, Adam minta tolong ambilkan kereta tu. Tapi... hai... tunggu lah kejap lagi.

Tup-tup, Adam keluar dengan kereta baby nya. Hihi... harap-harap stor tu tidak messy ya sayang =)

Barang-barang Adam macam brand new lagi. Packaging asal masih ada dan in good condition except untuk walker. Walker memang comot sikit. Wow.. bukan entry garage sales sebab tidak berniat menjual. Barang-barang ni boleh diwariskan kepada Hanif dan harapnya, adik pun boleh pakai kemudian. Berbaloi la menghabiskan wang ringgit membeli untuk anak sulung dulu kan. Untung ooo jadi anak sulung =) Budget terbesar dan barangan terbaik mengikut bajet =)

Ini lah kereta baby.... 



Seronok main. Tak perlu mainan canggih pun untuk hiburkan hati. Tapi akhirnya, angkut kotak ajaib ni... blur... MA snap dari jauh =)


Lepas tu, kembali pusing-pusing keliling rumah dengan baby car =)

6 comments:

  1. Pandainya adam jaga barang barang dia ni.. Baju baju pun dalam kondisi baik ke? Mmg boleh tahan kalau macam tu.. Barang lain kalau mainan banyak mmg tak leh wariskan sebab dh rosak, baju pun sama

    Kalau kereta macam gambar adam ni , elok lagi tapi naim tak bagi adik dekatpun... Haha
    mungkin sebab beza umo sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju yang dalam pantang - newborn, byk yg dh buang. Mmg beli sikit saja sbb baby cepat besar. So, kami pakai sehabisnya. Kira pakai buang. Tapi, kalau 6 bulan ke atas, masih baru2 lagi bajunya =) mungkin sebab banyak.

      Barang2 yg dimaksudkan di sini - katil baby, bouncing, kerusi baby, high car, car seat, stroller. Car seat adam sampai 3 - newborn, toddler n kid =). Baby chair pun 2. Tidak termasuk baby gym dan entah apa2 lagi. Soft toys, ada yg dibuang sebab takut tak hygiene. Dah lama sangat.

      Alhamdulillah, anti pun boleh pakai brg Adam. Mmg bukan brand new, tp nampak baru sbb terjaga.

      Delete
  2. Mifz dah lama tak naik kereta babynya....

    ReplyDelete
  3. comey hero ni...masih main lagi ye kete baby ni..

    ReplyDelete
  4. wah still nmpk baru n ok...comel adam...

    ReplyDelete