Puzzle Untuk Mengasah Minda

Adam suka bermain puzzle. Lately, diusung balik puzzle lama yang ada. Antara kegemaran, adalah spelling puzzle yang mempunyai gambar menarik dan besar ini. Cantik.


Tapi, cara bermain puzzle ini telah berubah. Seiring dengan usia. Dulu, mainnya hanya semata-mata dengan melihat kepada gambar. Cuba untuk padankan gambar yang sama bagi membentuk imej. Sejak pandai mengeja ni, sekeping puzzle akan diambil dan Adam akan meneka atau mencuba untuk mengeja. Kemudian, baru di cari kepingan-kepingan lain bagi imej tersebut. Sesuailah dengan nama " spelling puzzle ".

Tips untuk membuatkan permainan tidak membosankan adalah, meneka bersama-sama. Jangan lupa pujian untuk anak, ok. Kembang-kempis dan bertambah bersemangatlah anak untuk bermain.

Kebaikan bermain puzzle ada telah dinyatakan di entry ini =)

5 comments:

  1. puzzle mmg seronok..yg ada spelling cmni lg la bagus..bley improved skill adam..

    ReplyDelete
  2. Besar besar petak nya ..sesuai ni. Senang Cari Kalau terjatuh dan senang bg usia adam...

    ReplyDelete