Kad Ucapan Hari Guru

Tamat sudah demam kad ucapan hari ibu. Kini, demam hari guru pula menjelma. Tak lama je lagi. 16 Mei 2013.

Kali ini, dua kad dibuat oleh Adam. Satu menggunakan diy water colour. Satu lagi, menggunakan krayon.

Sama cantik. Cuma sedikit kesilapan teknik. Warna pink ini tercair sikit. Patutnya, buat pekat supaya lebih cantik. Bunganya dibuat dengan tekapan tapan tangan Adam. Batang dan daun, lukis aje.



Yang ini pula memaparkan tadika Adam. Pandai. Tadika Adam memang berwarna  hijau dengan bintang merah. Patutnya ada smiley di bawah bintang, tapi, kata Adam, tak muat nak lukis mata.



Kali ini, tiada step by step. Steps dia sama je macam step by step kad ucapan hari guru  hari tu. Bezanya, pada lukisan. Haaa... lukisan kali ini, Adam yang buat sendiri.

Hasilnya, dua keping kad untuk teacher Adam. 



Tidak pasti la Adam nak beri kepada siapa. Ramai ooo cikgu Adam =)

2 comments:

  1. pandai adam...keikhlasan tuh nampak..

    dulu 3tahun mengajar dak2 tadika, 3tahun tuh jgak la hari guru,ujg tahun,slalu dapat hadiah paling banyak dari student..smua masih smpan n guna dgn elok..rindu lak kat mereka..

    ReplyDelete