Gembiranya Bermain Kad

Adam peminat kad-kad superhero. Anak lelaki kan. Kalau kumpulnya sejak tahun 2011, agaknya, berapa banyak kad Adam sekarang? Hihihi....

Dulu, main kad ini hanya dengan melihat watak / figura yang tertera pada kad. Yang mana lebih kuat, dia lah yang menang.

Sekarang, bentuk permainan telah berubah. Seiring dengan pertambahan usia. Pelbagai kad dimainkan. Bergilir-gilir setiap malam. Samaada kad tersebut mempunyai nombor atau simbol, tetap melibatkan sedikit pengiraan =)



Nampak tak ada normbor-nombor pada kad? Sebelum main, kena tetapkan rules. Nak main nombor atas atau atau nombor bawah. Rules ini terpakai sepanjang permainan. Senang sahaja, nombor yang lebih besar akan menang. Trick mudah : Kena sebut nombor kepunyaan sendiri. Lepas tu, Adam kena tentukan nombor mana yang lebih besar. Kalau tidak, nanti mana tau kot-kot mama main tipu.

Owh... sebutan kena penuh tau - thousand, hundred etc....

Hihihi... nak tak nak, walaupun kami bermain sahaja sepanjang hari, Adam telah dipaksa belajar. Hihihi... Belajar sambil bermain macam ni memang seronok. Tak stress tau =)

4 comments:

  1. amboi, macam2 mainan adam ni.... kad ni banyak lak tu...ada hilangkan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang dekat rumah, tak hilang. adam ada album utk kad =)

      tapi, ada 1 set yang baru beli hilang. hilang masa adam bawa pergi school. huhuhu

      Delete
  2. bestnya dapat main bersama-sama dgn anak

    ReplyDelete