DIY Kad Ucapan Hari Ibu Step By Step

Kad ucapan hari ibu merangkap birthday card ini dibuat awal pagi sebelum mandi. Lama sangat mama kuarantin di rumah, agaknya anak bujang sorang ni mati kutu tak tau apa nak dibuat. Ambil robot main lima minit, simpan. Ambil blok, simpan. Ambil puzzle, simpan. Nak ajak baca buku, tak mahu la pula. Mama ajak buat mother's day card. Nak!!!

Sebenarnya, setelah barang-barang dihimpun, tetiba datang angin nak main green lantern pulak.

" Nak buat ke tak nak? ".

" Nak. Tapi nak main dulu ".

" Mainlah. Tapi, kalau buat cepat, siap cepat. Nak buat card apa? ".

" Ice cream cornetto ".

So, MA lukis satu ice cream cornetto di atas kertas putih. Ideanya adalah lukisan itu di kaler dan dipotong. Tampal atas kertas yang bercorak. Inilah kertas yang Adam pilih. Nikmatilah saat-saat kad ini disiapkan.

Proses memilih kertas.


Proses mewarna. Sekejap sahaja mewarna.


Proses menggunting. Yang ini makan masa sedikit. Susah agaknya nak menggunting mengikut bentuk ice cream. MA lukiskan line untuk Adam gunting.


Proses menulis ucapan. Di tepi adalah kertas yang MA siap tuliskan. Adam hanya perlu tiru sahaja.


Proses laminate. Tak pernah bagi Adam try mesin ni. Kali ini, suruh Adam laminate sendiri.



Tengok muka puas hati bila tengok hasilnya. Hasilnya adalah kad seperti entry sebelum ini.


Proses membuat kad ini mudah sebenarnya. Namun untuk budak seperti Adam, kata semangat memang diperlukan. Kalau tidak, memang tidak akan siap dan-dan tu juga. Mesti berhenti untuk bermain etc.

6 comments:

  1. cantik kad....pandainye...adam pn tgk semangatnye mewarna..bagus btul :)

    ReplyDelete
  2. seronok buat aktiviti mcm ni dgn anak,pandai adam

    ReplyDelete
  3. Pandai Adam buat kad, cantik pulak tu :)

    ReplyDelete
  4. Kreatif minded mama Adam..Good to be teacher..

    ReplyDelete