Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Lama sangat dah tiada aktiviti dengan Adam. Bukan aktiviti formal pun. Selingan main-main. Jangan ingat tak berkesan... aktiviti selingan memang berkesan. Sesuai la untuk budak tadika. Lain la kalau nak exam UPSR kan... selingan jeling-menjeling, bila nak habis silibus. Hihihi....

Alhamdulillah... dengan praktis jeling-menjeling, masalah konfius dua suku kata di sini telah berjaya di atasi. Haa.. walaupun jeling-menjeling ni mengambil masa, baiklah ada daripada tiada aktiviti langsung.

Kebetulan ada si Hanif ni ha... terus bagi Hanif sebagai contoh.

" Dulu Adam macam Hanif la. Cakap pun tak pandai. Tapi, bila selalu practice, sekarang dah pandai ".


Pengukuhan untuk tiga huruf pulak. "AU" di tambah konsonan di depan. Bezanya, kali ini Adam menulis. Tulis "AU" banyak-banyak dan Adam tambah konsonan yang Adam suka. Kemudian, bunyikan. Alhamdulillah, Adam seronok dan berjaya melakukannya. 

Rasanya, tak sampai lima minit pun aktiviti ini. Tak apa. Esok kita buat lagi, ok?

6 comments:

  1. Adam belajar makraj mandarin sekali ke ni? Haha.. Ni HAU?

    Sikit sikit pun tak pe, diorang ni tengah nak main, kalau ajar lama2 pun mesti tak leh punya fokus.. Saya pun rasanya kena guna teknik ni ajar dua budak f1 yang tak tahu baca. Ajar kls hujung, mcm2 dugaan.. Terus dpt idea bila baca entry ni, tapi masalah utamanya ialah masa bila nak apply tu. Hihu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau la macam mana kalo dgn cikgu kt sekolah. Kalo dgn mamanya, mmg main-main aje. Kena sabar. Ye la... nak curi 5 minit dari anak susah juga. Kadang tu, 1 huruf je. Tapi, xpe la. Nak buat mcm mana. Dari xde langsung. Mungkin x pressure, walaupun sikit, mmg lekat di kepala.

      Bagus teacher mcm ni... =)

      Delete
  2. Replies
    1. Boleh aje. Datang rumah main sama-sama

      Delete
  3. pandai mama adam mgajar...kdg2 bdk2 ni kena buat gaya santai kan..kl serius sgt nanti diorg xnak..

    ReplyDelete