Bohong Sunat

*google

Wujudkah bohong sunat? Bohong tetap bohong walaupun dengan niat yang baik. Bohong sunat hanyalah istilah yang digunakan untuk membolehkan kita berbohong dengan niat yang baik - sama ada menyelamatkan diri sendiri atau untuk menjaga hati orang lain.

" Sedap tak makanan yang mama masak ni? ".

" Seeeeeedap sangat ".

" Tapi, kenapa makan sikit saje? ".

Haaa... kan dah kantoi. Tak sedap ye makanan tu? Untuk menjaga hati, anak terpaksa berbohong. 

Atau situasi di mana bapa sibuk bermain game.

" Buat apa kat laptop tu? ".

" Work la... ".

" Owhhh... work game ye... ".

Kantoi lagi.... nampak sangat pembohongannya di sini. Entah apa motifnya entry ini, tapi, kalau nak detect anak berbohong, lihatlah tanda-tandanya. Tapi, kawal-kawal la sikit perasaan marah tu ye :)

4 comments:

  1. bohong sunat tu manusia yg cipta..huhu

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Bohong sunat aka white lies.

    ReplyDelete
  3. ibu bapa mmg kena pantau, fasa anak bohong sunat pastikan takkan lama, dengan adanya teguran dr ibu bapa....

    ReplyDelete
  4. Betul. Takut melarat, susah. Tp, bohong sunat mcm di atas tu, rasanya ibubapa yang ajar. Anak-anak meniru sahaja perbuatan ibubapa.

    ReplyDelete