Birthday Kek Harijadi

Amboi... bulan Julai lambat lagi, dah ada post pasal kek harijadi. Kenapa ye? Sebabnya, Adam dah sibuk-sibuk tanya bila birthday dia. 

Hari-hari dok mengira, bila lah nak bulan Julai ni.... Mei, Jun, Julai!!! Tak lama lagi =)

Tahun ini, katanya nak tema ultraman. Tak tahu lah jadi atau tidak. Temanya sentiasa berubah. Yang pasti, bukan tema Barbie atau Dora. I'm a boy, mana boleh tema princess :)

Jom tengok birthday cake Adam.

1st year celebration, gambar pun hilang entah ke mana. Sekeping pun tak ada. Huuu...

Kita amik gambar secret recipe la - yogurt cheesecake. Ini all time favourite. Adam kan baru setahun, so, kami yang pilih =)


2nd year celebration, haaa... ada gambar. Pilihan masa ni, carrot cheese juga dari secret recipe.



Kecik aje anak mama ni...

3rd year celebration : time ni, kita ambil Adam punya opinion. Birthday dia, dia pilih la kan. Kek pilihan : chocolate cake dengan tema Ben 10.


4th year celebration : masih superhero - carrot cheesecake dengan tema spiderman. Wink =)


Birthday Adam disambut dua kali setahun - satu di nursery, satu di rumah bersama family. Yang ini ada kek - secret recipe black forest. Bukan sebab nak suruh Adam cepat besar, tapi untuk berkongsi kegembiraan.


Semuanya kek yang flat sahaja. Tak pernah lagi ada kek yang bentuk castle etc. Walaupun kecil, yang penting keikhlasan dan kemeriahannya menyambutnya. 

Terbayang-bayang kegembiraan Adam semasa menyambut birthday dengan kawan-kawan. Bangganya anak bila menyerahkan goodies bag kepada rakan-rakan. Walaupun nilainya tidak seberapa, kegembiraan memberi dan menerima tetap dirasai.

Cerita sambutan birthday, klik gambar =)

6 comments:

  1. Wow.. kek sr.. suka. Suka.,. Suka...

    ReplyDelete
  2. budak2 paling suka apabila tiba waktu memotong dan meniup lilin kek...hehe

    ReplyDelete
  3. adam tak sabar sabar nak makan kek ye? tahun ni tentu akan lagi meriah..

    muka adam yang masa celebration 4 tahun ni nampak berisi juga, tapi sekarang nampak kurus sikit...

    ReplyDelete
  4. wah dia dah tak sabarlah tu...

    ReplyDelete
  5. budak2 , dpt tiup kek depan kawan2 memang dah suka sgt , bee jarang beli kek utk anak kecil , tetapi bila mula 5 tahun dan masuk tadika mesti smbut disekolah , lepas tu masuk darjah 1 baru la buat majlis makan2 di rumah jemput sanak saudara jek .. meriah kan ..

    ReplyDelete
  6. sedapnya yogurt cheesecake tu...
    betul tu...anak2 ni klu dpt sambut birthday dgn kawan2 mesti gembira sgt

    ReplyDelete