Birthday Countdown

Esok dah masuk bulan Jun. Orang paling happy adalah Adam. Sebab? Lepas Jun adalah Julai! Yeay!!!! Tak lama lagi birthday Adam =)

Sudah prepare ok baju baru untuk birthday celebration. Sebenarnya, bukanlah beli untuk birthday, tapi, memang baju baru dibeli 3 pasang. Sepasang dah pakai, dua lagi tu Adam kata nak simpan untuk birthday - 1 untuk school's celebration dengan kawan-kawan, 1 lagi untuk sambutan di rumah bersama keluarga terdekat =)

Sibuknya dia tanya berapa hari lagi nak sambut birthday. So, kita buat countdown tag ni la. Ada macam-macam cara la kalau nak buat. Ini rasanya di antara yang simple. Tak perlukan effort yang banyak. Hihihi.... rajin kan...

Bahan utama - recycle paper! Kertas kaler memang la banyak... tapi sayang la kan. untuk koyak-koyak je pun.

Kertas A4 dipotong empat.



Bila siap, steppler satu persatu. Berhati-hati ok. Taku jari anak terkena steppler. Dalam 10 ketul je Adam buat. Pastu, MA sambung la =)


Nampak keceriaan wajah kan? Itu baru bulan Jun. Maksudnya ada 30 gelung. Julai, belum buat lagi.

Lepas tu, carilah mana-mana port untuk gantung. Memula gantung kat pintu ni. Tinggi jugak. Lepas tu, dah alih ke tempat kunci, rendah sikit. Gambar tak snap.


Tugas Adam adalah untuk koyakkan satu gelung setiap hari. Tandanya, kurang satu hari. Makin pendek gelung, maknanya makin dekat lah birthday Adam!

1 comment:

  1. mesti adam tak sabar2 nak koyakkan gelung tu kan..

    ReplyDelete