Bengkak Kaki Ketika Mengandung


Risau kaki yang membengkak ketika mengandung? Adakah sudah hampir tarikh bersalin? Belum tentu. Ada orang yang mengalami bengkak kaki ketika di awal trimester kedua dan ada yang mengalami pada trimester pertama.

Di kalangan doktor, bengkak ini lebih dikenali sebagai edema. Bukan hanya kaki, ia juga boleh berlaku di tangan, lengan atau lebih spesifiknya pada sendi. Jarang-jarang mendengar edema pada bahagian lain badan, kecuali kaki. Namun, ianya memang ada. Seumpama orang yang menderita penyakit gout, namun bezanya, setelah bersalin, keadaan akan menjadi normal semula.

Semasa mengandung, badan menyimpan lebih air. Edema terjadi apabila wujud lebih cecair di dalam tisu badan. Maksudnya, badan menyerap lebih cecair daripada sepatutnya.

Uterus yang membesar memberi lebih tekanan pada saluran darah berhampiran pelvis. Kurangnya pengaliran darah menyebabkan edema di bahagian kaki. Sama la juga dengan bahagian tangan. Kesan edema pada tangan lebih teruk dari kaki. Menggerakkan tangan pun sudah terasa sakitnya. Jadi, sesiapa diganggu edema ini, sokongan orang sekeliling amatlah penting. Jika tidak pernah melihatnya, bayangkan anda melihat pesakit gout ketika kesakitan menyerang. Huuu...

2 comments:

  1. deno pula masa mula2 sakit kaki bengkak sampai tak muat pakai kasut

    ReplyDelete
  2. pengalaman pgnant dua kali saya lain pengalaman. masa naim kaki dah mula bengkak bila kandugan masuk lima bulan lebih, masa nazif, macam tak bengkak pun, dh 9 bulan lebih baru ada sikit...

    ReplyDelete