Belajar Tengok Jam

Teaching toddler to tell time - entry 2011. Kali pertama ajar Adam tengok jam. Hasilnya, setakat 1:00 atau 1:30 dapat dihadam dengan mudah. 

Setahun lebih, kekal seperti itu sahaja. Sekarang, rasa nak ajar Adam tengok jam bagi nombor yang selainnya. Tiba-tiba terasa nak buat macam coin Kamen Rider Ooo. Hasilnya, dapatlah 12 biji jam comel. Cukup untuk bermain dengan masa =) Cuba-cuba sahaja sebenarnya dengan jam-jam comel ni. Harap-harap Adam suka.

Kemudian, jam analog ini dibuat dengan polisterin paper plate. Untuk backup kamen rider ooo punya coin tadi. Binggo! Adam seronok bermain dengan jam ini. Walaupun mungkin ini bukan cara yang tepat untuk mengajar Adam melihat jam, sekurang-kurangnya, apabila ditanya jam pukul berapa, Adam boleh refer kepada jam comelnya =)

Macam ni mainnya.

Tengok jam di dinding. Pukul berapa?


Selain daripada " jarum pendek dekat 11, jarum pendek dekat 3 ", apa lagi jawapan yang diharapkan dari budak lima tahun ini? Hihihi... Jadi, Adam ambil jam analognya. Letakkan kedudukan jarum panjang dan pendek.


Kemudian, buka lapisan bawah - minit.


So, boleh terus dapat jawapan - 11.15


Jam comel tu pula, hasil Adam. Senang bila dah laminate. Boleh lukis dan padam. Bila-bila masa.


Hero tak beraksi hari ni. Nampak kaki dan tangan sahaja. Kepanasan - seksi sebab baru lepas main badminton dengan papa =)

3 comments:

  1. Wah menarik ni... Faris asik minta dibelikan jam... syarat saya pula, kalau nak jam kena pandai Baca jam dulu... thank bg idea.. boleh try praktik...

    ReplyDelete
  2. Good idea ni.. Boleh rujuk semula entry ni utk ajar naim nanti..

    ReplyDelete