Anak Pandai Mengeja

Ewahhh si kecil ni... sejak makin expert mengeja membaca ni, semua benda nak dieja. Gembira sangat rasanya. Seronok apabila nampak minat anak nak tahu apa benda yang ditulis. Paling kurang pun, main teka-teka eja semasa di dalam perjalanan di dalam kereta.

Cuma, bila ternampak signboard di mana-mana, kadang-kadang susah nak tau bahasa apa. Ada sekali tu, MA dengar Adam sebut " kauti on ". Confuse juga... Rupa-rupanya,  " caution ". Hihihi.... kena polish sikit-sikit lagi. 

Agak-agak teka mengeja pun, kena bagitau perkataan tu bahasa Melayu atau English dulu. Maklumlah, huruf C dengan K kan lebih kurang je in English. Tapi, happy la kan. Bila anak buat salah, maksudnya dia sedang belajar. Nampak gaya, tiada masalah la untuk bahasa Melayu atau English. Syukur.... walaupun buku bacalah anakku sebenarnya belum masuk pun buku 5.

Tumpuan seterusnya, patutnya pada Iqra' dan jawi. Insya Allah. Tunggu mama sihat sikit, boleh hunting buku jawi yang elok-elok. 

2 comments:

  1. wah..bagusnya..betul2..perkasakan jawi dan iqra pulak lepas ni..

    ReplyDelete
  2. bagusnya adam dah bole mengeja

    ReplyDelete