Termometer Digital Microlife


Termometer ini berjasa lebih empat tahun. Lebih-lebih lagi jika Adam demam. Selang 15 minit, mesti ambil suhu. 

Suhunya di catat dalam Celsius. Namun, agaknya kalut-kalut bercampur mengantuk, termometer ini terjatuh di subuh hari. Rasanya dah banyak kali terjatuh. Elok aje.

Cuma kali ini, bacaan suhunya bertukar kepada Fahrenheit.  Owhhhh... nak tukar balik, tak reti pula nak menggodek benda ni. Kotak pun masih ada sebenarnya.  Cuma malas la nak pergi menggali di dalam stor. Huhuhu.

Jadi, untuk monitor suhu Adam, gunakan matematik la:

Celsius = ( Fahrenheit - 32 ) x 1.8

Dah ada jalan mudah, terpaksa lalui jalan susah. Memang ada beep bila suhu panas. Cuma, nak tau la juga dalam Celsius.  Kebiasaan...

Termometer yang banyak berjasa ini, semoga dapat terus menabur bakti kepada kami sekeluarga =)

4 comments:

  1. termometer ni mmg keperluan bagi ibu bapa... tak kira la ada anak kecik ke... besar ke... wajib ada...

    ReplyDelete
  2. termometer mmg penting! deno pun ada satu kat rumah... tiap2 hari kena cek, sbb kena rekod dlm buku CAPD setiap hari.. huhu

    ReplyDelete
  3. oh, boleh jadi macam ni pulak... mujur mamanya bijak... ok lagi sebab boleh berfunsi, tak rosak terus, kan?
    saya pun sejak ada nazif baru adakan termometer, masa masa naim dia jarang demam jadi kami ambil mudah....

    ReplyDelete
  4. kata org termometer ni satu keperluan.tp sy tak pernah ada termometer..Alhamdulillah la Aiman jenis yg jarang demam..:)

    ReplyDelete