Anak Pemakan Sayur


Akhirnya, Adam kembali menjadi pemakan sayur. Alhamdulillah. Usaha untuk memperkenalkan semula sayur kepada Adam tidak berapa menjadi. Namun, sesuatu yang lain berlaku menyebabkan Adam kembali memakan sayuran dan buah-buahan seperti masa kecil dahulu.

Apa kes anak yang hanya makan sayur ketika hendak menunjuk kepada parentnya bahawa dia budak baik yang makan sayur, tetiba memang mahukan hidangan sayur di dalam hidangannya?

Rahsianya adalah sakit ketika membuang aka sembelit. Setahu MA, Adam tidak sembelit. Maklumlah, minum yakult dan seangkatan dengannya. Namun, apabila baik demam hari tu, tetiba sembelit menyerang. Mungkin juga sebab Adam tidak minum apa-apa minuman kultur sepanjang minggu dia demam.

" Kenapa butt Adam sakit nak b*r*k ni? ".

Owhhh... soalan seperti ini, terus sahaja diambil kesempatan.

" Budak tak makan sayur, tak makan buah memang macam tu ".

Alhamdulillah, terus masuk di fikiran. Sudah lebih seminggu, sayur, walaupun sayuran terpilih adalah hidangan wajib. Paling tidak, hidangkan salad. Adam pasti mencari sayur.

Published with Blogger-droid v2.0.9

2 comments:

  1. bagus la adam..makan sayur supaya tak sembelit..aiman pun pilih2 je sayur..klu buah dia suka la..tp aiman mmg jenis sng berak..tak pernah kot kena sembelit..hiks

    ReplyDelete
  2. bagusnya adam ni... anak2 saya susah juga nak makan sayur... kadang2 je makan carrot... haih...

    ReplyDelete