Beg Sekolah Murah Tahan Lama

Yang mahal tidak selalunya tahan. Yang murah tidak semestinya tidak berkualiti. Tapi, sememangnya yang murah selalunya tidak berkualiti. Huuhu...

Banyak keyword beg sekolah murah menghala ke entry beg sekolah murah ini. Murah, murah sangat. Hanya RM25. Dan bertahan hanya 3 minggu. Kemudian, zipnya telah rosak.

Nak kata Adam ganas, dua beg sekolah sebelum ini Adam pakai sehingga 4 tahun. MA tukar bukan kerana rosak atau koyak, tapi saja nak bagi Adam pakai beg baru. Kasihan pula kalau beg tidak bertukar. Dari segi harga, memang agak mahal. RM100++ namun berbaloi dipakai bertahun-tahun. Masih tersimpan rapi di dalam bilik. Boleh la digunakan untuk bertukar-tukar beg.

RM25 untuk 3 minggu? Sangat mahal! Mungkin nasib tidak menyebelahi Adam. Ada juga orang yang dapat beg murah dan tahan lama. Dalam kes Adam, masanya terlalu singkat. 


7 comments:

  1. last year beli beg utk kakak kat mydin rm29.90. setakat ni masih bertahan lg. tu la kan, kdg2 yg mahal pun x tahan apatah lg yg murah. kualiti brg skang dah x mcm zaman kita dulu2

    ReplyDelete
  2. Betul tu MA..kdg2 bkn harga yg jd persoalan dan pertimbangan kita. Kualiti tu yg come 1st. Kalau murah tp tahan lama, baik beli yg murah. tpnya kalau mahal lbh berkualiti, yg mahal yg jd pilihan kita nnt. Kan?

    Beli biar berbaloi dgn nilai yg kita bayar

    ReplyDelete
  3. betul tu..kdg2 beli yg murah pun ada yg bertahan lama.

    ReplyDelete
  4. yang penting kena pandai pilih...

    ReplyDelete
  5. kadang2 beli barang ni ikut nasib.ada yg mahal tak berkualiti juga.yg murah tu dh tentu kualitinya kurang..nak memilih kualiti kadang2 ikut mata tertipu juga.Aiman tempohari pergi tesco beli bagpack harga rm5 je.murah gila..klu rosak pun tak ralat. tp Alhamdulillah bertahan smp skang..:)

    ReplyDelete
  6. Setuju..mmg ikut nasib juga kadang2.. Macam beg saya tak ada pengalaman beli lagi..kalau selipar contohnya, selipar murah yang saya belikan untuk naim masih boleh dia pakai sampai sekarang, walaupun kaki dh makin besar. Banding dgn kasut mahal yang penah dibeli, pakainya kejab je pun tak berbaloi juga rasanya..

    ReplyDelete