Aktviti Mewarna Menggunakan Glitter Glue

Sedang duduk berehat, tetiba Adam berlari membawa sesuatu.  Owh... glitter glue. Nak guna glitter glue. Ok. Selak la fail yang ada alphabetical image ni. Kalau diikutkan turutannya, sepatutnya huruf M.

Namun kerana tidak berkenan dengan gambarnya, Adam telah memilih huruf R dengan imej roket.

Disebabkan penggunaan glitter glue biasanya akan menghasilkan warna yang pudar, semata-mata bercahaya, maka gambar roket diwarnakan terlebih dahulu.

Kusyuk tau. Sampai mencangkung di atas sofa =)



Jenuh juga memicit glitter glue ni. Maklumlah.. stok lama. Warna pink dan hijau seakan sudah tersumbat.



Nasib baik warna-warna lain dapat digunakan dengan baik. Sampai habis la dipicit Adam. Alhamdulillah.  Tamat sudah riwayat glitter glue. Masih berbaki beberapa warna. Hihihi... kalau habiskan semua kan baik. Boleh beli yang baru =)



Published with Blogger-droid v2.0.9

4 comments:

  1. Bersungguh betul tapi kalau lihat hasilnya berbanding usia yg masih terlalu kecik sangat memberangsangkan...

    ReplyDelete
  2. bestnya nak jgk la utk my son...mama tlg bgtau dimana hehe...

    ReplyDelete
  3. bersungguh betul anak akak ye. bagus la kalau dari kecik minat seni lukis ni.

    ReplyDelete
  4. warna warni glitter glue ni memang menarik utk aktiviti anak2..kemain kusyuk adam ye!

    ReplyDelete