Mitos Berkenaan Speech Delay - Anak Lambat Bercakap

Apabila ada anak kecil yang lebih kurang sebaya, selalu parents membezakan kebolehan anak masing-masing.

" Anak I dah boleh cakap dah. Anak u x boleh lagi? "

" Anak I dah meniarap... "

Memang seronok. Tapi, kita perlu pastikan carta perkembangan anak dahulu. Jika carta itu normal, tidak salah jika anak kita lambat sedikit. Namun, jika tidak normal, bawa-bawalah berjumpa pakar untuk mendapatkan sedikit nasihat dan bantuan.


Mitos 1

Budak lelaki lambat bercakap berbanding budak perempuan

Fakta :

Lelaki memang lambat bercakap berbanding budak perempuan. Namun bezanya hanya beberapa bulan. Anak sepatutnya boleh bercakap mengikut carta perkembangan normal kanak-kanak. Anak lelaki yang terlalu lambat bercakap memerlukan bantuan pakar.


Mitos 2

Anak lambat bercakap kerana kurangnya interaksi ibubapa dengan anak

Fakta :

Mungkin benar tetapi dalam banyak kes, puncanya tidak diketahui.


Mitos 3

Anak yang lambat bercakap akan dapat mengejar setara dengan anak yang normal

Fakta :

Jarang-jarang berlaku kerana sering dikaitkan sebagai petanda perkembangan yang lambat, kurang kebolehan dan autisme. Mereka memerlukan terapi dan bantuan untuk mengatasi kelemahan diri.


Mitos 4

Anak lambat bercakap kerana ibubapa menggunakan banyak bahasa. Anak konfius.

Fakta :

Anak berkebolehan mempelajari lebih dari satu bahasa serentak. Dan yang menariknya, jumlah vocabulary anak yang menguasai banyak bahasa menyamai jumlah vocabulary anak yang hanya menguasai satu bahasa sahaja.

Info ini MA dapat dari buku My First Step To Comprehensive Parental Guide To Your Child's Early Years.

Published with Blogger-droid v2.0.9

7 comments:

  1. selalu dengar parents ni bandingkan kebolehan anak anak yang sebaya...terasuklah nazif ni yang ada sepupu sebaya, orang asyik tanya azif dah boleh buat sama dengan sepupunya....saya pun penah, haha mungkin sebab bangga dengan pencapaian anak...

    macam2 ..... kena lebih prihatinlah nampaknya, jangan buat lagi mcm ni

    ReplyDelete
  2. huhu...walaupun my son lmbt ckp tp alhamdullilah right now dah more better...adakah faktor keturunan mempengaruhi jugak sbb my brother pun pernah lambat cakap even my hubby pun dulu seorang yang pelat huhuhu

    ReplyDelete
  3. hurrmmm dah nama pun mitos kan? lebih elok jgn percaya sangat

    every child is special in his or her own way :)

    ReplyDelete
  4. Salam kak..
    huhu..ada yg fakta..ada yg auta....
    seeloknya si ibu harus yakin pd anaknya sendiri kan.. dan x perlu lah nk mmbezakan antara 1 sama lain..
    tenkiu for sharing :)

    ReplyDelete
  5. bergtnatung kpd anak tu kn..ada yg cpt ada yg lambat

    ReplyDelete
  6. perkembangan budak membesar biasanya berbeza antara satu sama lain...

    ReplyDelete
  7. kadang2 percaya sgt dgn mitos.

    ReplyDelete