Cara Baru Bermain Bersama Teman


Kata orang, teknologi boleh mengeratkan hubungan. Betullah. Dengan adanya telefon, jarak jauh dirasakan dekat sahaja. Macam di sebelah saja.

Adam bermain ultraman bersama rakan jauh. Lama tau... mainnya sejam. Rakan memilih character mana untuk berlawan dengan Adam. Dua-dua character berada di tangan Adam. Macam main puppet.  Rakan di sebelah sama pilih jenis perlawanan dan Adam akan mainkan sound effect.  Sakan mereka gelak. Seronoknya. Tiba-tiba gamat rumah MA yang sunyi dengan suara budak-budak.

Penat berlawan ultraman, mereka layan youtube pula. Adam mainkan video pilihan dan bercerita kepada rakan di sebelah sana. Hmmm... macam dj radio pula.

Hampir 3 jam bersiaran, masing-masing letih. Jadi, masa untuk tidur. Nampak penat sangat bermain. Seronok. MA yang jadi penonton pun turut rasa seronok.

Published with Blogger-droid v2.0.9

11 comments:

  1. eh eh..rakan betul ke rakan sistem dlm tab tu? konpius jap. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan betul. Adam tgh pegang phone tu. Tgh cakap ngan cousin dia kt kg

      Delete
  2. sungguh teknologi makin canggih..kawan tak bernyawa pun boleh jadikan teman bermain..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bernyawa! Adam on the phone ngan cousin dia =)

      Delete
  3. anak anak zaman canggih :) zaman kita dulu main telefon pun pakai cawan kertas dan benang jer hehe

    ReplyDelete
  4. hilang rindu kat sepupu dia..bleh main sama2 dari jauh :)

    ReplyDelete
  5. canggih dah skrg... budak skrg tak mcm dulu.. lain sgt2...^^

    ReplyDelete
  6. oh tengah borak dalam fon ke tuh...hehe

    ReplyDelete
  7. budak zaman moden ni, main pun canggih.... yg penting adam happy ye..

    lama MA tak update ni, bila nk bt entry baru?

    ReplyDelete
  8. salam kak..
    hihi..ni la untungnya anak zaman sekarang..
    cma dulu x merasa pun.. :p

    cayalah adam :)

    ReplyDelete