Selusuh Homeopathy Hasan Untuk Memudahkan Proses Bersalin

Perlukah selusuh untuk memudahkan proses bersalin? Rasanya selagi amalan itu tidak memudaratkan, maka tidak salah untuk diamalkan. Kita hanya berusaha. Selebihnya, terpulang kepada KetentuanNya.

Ini adalah pil selusoh yang di dapati dari Pusat Homeopathy Hasan di Bangi. Kebetulan MA ada urusan di Bangi, langsung ambilkan pil selusuh untuk anti yang sedang menunggu hari ni.

Sampai di homeopathy, Dr. Hasan tiada. Yang ada adalah anaknya. Sama je kot. Doktor juga. Tapi, MA prefer Dr. Hasan. Lebih berpengalaman dan lebih friendly. Homeopathy Hasan ni, kami sekeluarga kenal ketika MA masih kecil dan silaturrahim tersebut masih kekal sehingga ke hari ini. Bukan kami la yang berkawan, tapi ibubapa kami.

Ubat-ubatnya alhamdulillah serasi. Setengah jam perjalanan berserta 4 jam masa menunggu, kadang-kala malas juga nak menerjah. Penat. Sempat round PKNS Bangi dan menghabiskan sepinggan yee mee Kantonis.

Inilah ubatnya. Makan 2 minggu sebelum due bersalin. Nak bagi testimoni, tak dapat la... Sebab Adam keluar awal.



Yang botol besar ni, makan bila sakit nak bersalin. Yang ini boleh dibuat air. Caranya, masukkan pil ke dalam air mineral.


Semoga urusan kita dipermudahkanNya. Ameen.

9 comments:

  1. Xsangka homopati pun ada selusuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah la... first time juga dgr ni... moga segalanya berjalan lancar...

      Delete
  2. bagus ni..kita berusaha selebihnya urusan Allah..:)

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan kelahiran baby baru ni....

    ReplyDelete
  4. anak dh 4,baru tahu homeopati pun ada selusuh...Salam Perkenalan..

    ReplyDelete
  5. dulu semasa wife nak lahirkan Mifz ada juga minum air selusuh bekal dari mak mertua...;)

    ReplyDelete
  6. bagus juga ni..homeopati pun bagus sebenarnyakan

    ReplyDelete
  7. semakin maju perubatan skrg nie...kalau dulu minum air jer sekarang macam-macam...apa pun dipermudahkan semuanya untuk adik mama k :)

    ReplyDelete