Waktu Tidur Kanak-Kanak

Anak-anak kebiasaannya mempunyai tenaga yang banyak. Terlalu banyak tenaga yang wujud sehingga semua waktu perlu dihabiskan dengan bermain. Apabila asyik bermain, waktu tidur juga akan jadi tidak menentu. Sedangkan waktu tidur yang berkualiti adalah penting untuk si kecil mengembalikan semula tenaga yang telah digunakan seharian. 

Di awal kemunculan blog ini, dinyatakan Adam terlalu kurang tidur. Refer di entry lama ini. Sehingga kami membawa video aktiviti seharian Adam semasa bayi kepada pakar kanak-kanak untuk bertanya. Jawapan doktor adalah mudah : terlalu banyak permainan untuk Adam. Oleh itu, Adam merasakan rugi untuk tidur.

Semakin Adam membesar, kami menyedari kesalahan menidurkan Adam di depan tv. Akibatnya, sehingga ke pagi mata Adam aktif melayan astro yang memang tidak akan habis 24 jam.

Setelah bertahun dengan rutin yang sama, akhirnya Adam telah mempunyai rutin tidur yang sama. Walaupun masih agak lambat, namun MA merasakan yang waktu tidur ini bersesuaian. Cukup masa untuk Adam bermain bersama keluarga di malam hari.

Tips dari seorang kawan memang membantu MA untuk mendapatkan rehat yang mencukupi bagi Adam. Pengurusan waktu tidur yang cukup sememangnya membantu untuk menghadapi hari esok.

Bangun tidur dengan ceria dan jangan lupakan doa bangun tidur. Insya Allah hari esok boleh dihadapi dengan gembira jika tidak di ganggu oleh mimpi-mimpi yang ngeri.

Sekarang, Adam tidur dengan cara yang terakhir sama seperti papa mifz ini.


11 comments:

  1. bila tidur cukup, anak pun cerdas...:)

    ReplyDelete
  2. ema tak kasi anak ema tidur petang...mlm akan tidur awal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah... Adam tak tidur siang. Malamnya kul 11 lebih juga tidurnya...

      Delete
  3. budak2 tidur waktu tidur sgt penting sbb pada waktu tidur la tumbesaran dia akan berkembang dgn baik.. :)

    ReplyDelete
  4. betul... penting untuk pantau waktu tidur anak2 ni.. kalau tak kita pun penat sama... selain tu anak pun tak cergas...

    ReplyDelete
  5. naim ni mmg payah betul nak tidur awal.... selalunya kul 12 @ lagi lewat tidurnya... siang lak mmg tak tidur...tu yg heran, mana dia tahan main lama2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama mcm adam la... Adam tido kul 1-2. Siang x tido. Tapi, sebulan b4 enroll tadika, MA kata tido kul 10. So far kul 10.30 dia tido. Kalo x, plg lewat kul 11. Syukurrrr... Penat kan anak tido lewat

      Delete
  6. Anak saya mmg payah nak bangun pagi tp tidur awal dah...musyhkil jugop..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh... Inipun kes yang sama. Kul 7 dia dah sengih2

      Delete
  7. kurang tidur membuatkan anak kurang cerdas..anak2 baya adam ni kena tido 10 hingga 12 jam klu tak salah..

    ReplyDelete
  8. inshaAlllah perlu didik anak dari awal.. saya didik anak saya dari baby lagi.. kul 9mlm dah masuk bilik... pasang lampu tidur.. ini nak didik dorang kenal bila time waktu tidur... anak sulung saya berumur 5 tahun dan anak kedua umur 2 tahun.. bila pasang je lampu tidur (lampu oren) dorang akan automatik baring dan terus tidur.. lampu tidur tu yang boleh bawak kemana2 tu.. dia plugkan terus je ke switch.. kalau balik kampung ke pergi bercuti kemana2 ke.. memang wajib bawak lampu tidur tu... hehe.. dorang bangun pun awal juga kul 6-7 pagi.. alhamdulillah... semoga sharing ni manfaat..

    ::perlukan supplement untuk kesihatan anak?.. lawati www,anaksihat.com.. konsultasi percuma..::

    ReplyDelete