Tips Mengajar Anak Berkawan

Sesi persekolahan 2013 telah berjalan selama dua hari bagi Adam. Sesi persekolahan yang sepatutnya bermula dengan keriangan seperti di trial tadika selama sehari dan program orientasi tadika tidak berjalan selancar yang diharapkan. Bukan tidak biasa ditinggalkan, namun masalahnya adalah ketiadaan kawan. Walaupun tidak berubah 360 darjah, semestinya suasana baru dan muka-muka baru yang perlu dihadap adalah asing.

Ketiadaan kawan baik sebagai teman bermain adalah sesuatu yang mengecewakan dan juga menyakitkan bagi anak kecil. Rakan sepermainan sepatutnya adalah satu dorongan kepada anak untuk bersaing secara sihat di tadika. Juga motivasi untuk anak merasa seronok ke sekolah.

Dua hari di tadika, Adam kurang ceria kerana masih belum mendapat kawan baik. Masing-masing masih cuba menyesuaikan diri dengan suasana baru. Walaupun Adam bangun pagi dengan penuh keceriaan, dan telah siap bersarapan, wajah ceria menjadi sedikit hambar sesampainya di tadika. “ Adam belum ada friends lagi “.

Sayu juga hati mendengarnya. MA cuba juga meng ice breaking kan Adam dengan beberapa kawan. Perkenalkan diri dan ajak rakan bermain. Mungkin kerana baru berkenalan, tiada sambutan kepada ajakan MA. Budak-budak yang cuba di approach lebih selesa menyendiri dan memerhati. Adam juga lebih banyak berdiam dan memerhati.

Mencari teman bermain adalah asas kepada pembinaan kemahiran sosial anak. Ia memerlukan beberapa kemahiran asas seperti kemahiran mendengar, bertolak-ansur, berkongsi dan empathy terhadap rakan sekeliling. Paling penting, yakin diri dalam diri anak untuk bertegur sapa dengan rakan baru.

Kemahiran-kemahiran ini bukan dibina dalam masa sehari dua. Ia memerlukan masa untuk diterapkan ke dalam jiwa anak. Anak yang terdidik di dalam suasana yang harmoni kebiasaannya akan mudah mendapat kawan baru. Diharap pada minggu hadapan, Adam dan rakan-rakan dapat bergaul dengan baik. Ameen.

Published with Blogger-droid v2.0.9

9 comments:

  1. tq bg tip..berguna untuk saya ajar mia nie..

    ReplyDelete
  2. even anak mak kecik lagi...tips ni berguna for me bila anak da besar. huhu berdebar rasa

    ReplyDelete
  3. tips yg berguna..insha Allah nanti adam akan dpt kawan baik,risau jugak kan bila anak tiada kawan

    ReplyDelete
  4. semoga adam dapat ramai kawan ye... adam kan budak baik, budak baik selalunya akan ada ramai kawan..

    ReplyDelete
  5. bg tempoh sebulan. lepas tu mesti dia dok cerita pasal kaawan2 dia je kan.

    ReplyDelete
  6. insyaAllah lps ni mesti adam dpt ramai kwn :)

    ReplyDelete
  7. Lama2 nnt mesti ramai kawan Adam..

    ReplyDelete