10 Senaman Untuk Anak Yang Obes | Gemuk

Gemuk? Obes? Masalah kegemukan di Malaysia kini bagaikan satu wabak.  Cepat merebak. Sudah terlalu ramai orang yang obes. Obesiti juga turut melanda kanak-kanak.

Bagi orang dewasa, kesan fizikal obes terhadap emosi mungkin tidak seteruk kanak-kanak. Kanak-kanak yang obes berkemungkinan akan mengalami perasaan rendah diri dan pola makan yang tidak sihat. Lebih teruk lagi jika anak itu diejek atau dibuli oleh orang disekeliling.

Jika berdepan dengan kanak-kanak yang obes, jangan memaksa anak itu untuk berjogging atau berlari di khalayak. Kebiasaannya, mereka akan menolak. Bukan kerana tidak mahu kurus, namun adalah sangat memalukan untuk dipaksa bersenam di khalayak ramai.

Ibubapa perlu kreatif menangani masalah ini. Anak obes sangat memerlukan sokongan ibubapa. Mereka terlalu fragile dengan pandangan orang sekeliling. Sebaiknya, carikan aktiviti yang sesuai dengan fizikal mereka. Bawa anak berjalan-jalan. Berjalan juga merupakan satu senaman yang baik tanpa merosakkan ligamen. Ha... jangan berjalan dengan fries dan coke di tangan =)

Bermain bersama anak. Main bersungguh-sungguh di taman. Boleh juga bermain kejar-kejar. Dengan berseronok begini, anak tidak akan perasan yang dia sedang bersenam. 

Trend masakini adalah berbasikal dan bermain skate board. Memang sangat menyeronokkan. Sedar-sedar, selesai 15 minit sesi cardio bersama anak.

Paling best, ajak anak menari bersama. Pasangkan sahaja gangnam style. Pasti terloncat-loncat si anak menari. Untuk manfaat bersama, apa salahnya join sekali =)

10 comments:

  1. kena bagi kata2 semangat pada kanak2 yang obes agar mereka mempunyai keyakinan diri kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! jangan kutuk... nnti stress, makan lagi banyak

      Delete
  2. ramai kanak2 skrg yg obes... ibu bapa mesti ada peranan utk kurangkan berat anak kan akak? :)

    ReplyDelete
  3. salam MA..dah lama rasanya akak tak jenguk sini..
    itu la..mungkin sebab pemakanan dan cara hidup sekarangkan.

    ReplyDelete
  4. mmg bahaya kalau dari kecik dah gemuk

    ReplyDelete
  5. risau juga kat anak yg suka makan makanan ringan ni..itu salah satu punca gemuk kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak dia pun suka... huhuhu... kena kontrol la...

      Delete
  6. mak ayah pun bleh slim sekali ni hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...