Ribut Sonamu Di Pantai Timur Malaysia

Ribut Sonamu dijangka bakal melanda Pantai Timur Malaysia - Kelantan dan Terengganu. Pelbagai cerita yang didengari daripada pelbagai sumber : alert sms sonamu, cakap-cakap mulut dan lambakan maklumat di laman web. Walau apa pun yang bakal terjadi, tidak salah mengambil langkah berjaga-jaga.

Berita utama TV3 pada malam ini mengkhabarkan Pantai Timur Malaysia dijangka menerima kesan minimum ribut sonamu. Ribut ini dijangka tidak akan membadai Malaysia secara langsung.

Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab bagaimanapun menasihatkan agar penduduk di persisiran pantai untuk mengambil langkah berjaga-jaga. Malah, pihak MKN telah membina benteng penghalang ombak di Kelantan. Ianya sebagai persediaan menghadapi ombak setinggi 5.5 meter. Angin kencang 70kmj dijangka akan menguatkan lagi kesan ribut sonamu.

Sebagai langkah berjaga-jaga, segala aktiviti persisiran laut dan laut dalam telah dihentikan buat sementara waktu. 


Ribut sonamu juga dijangka akan membawa banjir gelombang ketiga ke Negeri Cik Siti Wan Kembang. Bagaimana lah nasib anak-anak di sana? Sekolah juga masih banyak yang masih tutup di kawasan banjir. Dalam kita sibuk menghadapi kerenah anak di hari-hari pertama persekolahan, masih ramai yang masih belum memulakan sesi persekolahan.

Bantulah mangsa-mangsa banjir. Jika tidak dengan berbentuk material atau sumbangan tenaga, titpkan doa ikhlas buat mereka. Doa ini adalah doa untuk mengelakkan bencana. Lupa pula dari mana di copy.


Doa Mengelakkan Bencana

Semoga semuanya selamat-selamat sahaja.

Maklumat lanjut boleh diikuti di Facebook Jabatan Meterologi Malaysia

3 comments:

  1. Semoga rakan2 di negeri yg dilanda bencana alam tu tabah dan redha atas musibah yg menimpa kann.,.

    ReplyDelete
  2. semoga mereka yg berada disana akan dijauhi dari segala bencana..

    ReplyDelete
  3. semalam ombak ka kuala kemaman mmg tinggi sgt..n bomba jaga kawasan tu..

    ReplyDelete