Pengalaman Masuk Tadika 2013

Pengalaman ke tadika 2013. Hihihi... kerana tahun hadapan, Adam masih akan masuk ke tadika. Akan ada entry tahun 2014 pula :)

Setakat tiga hari pertama ini, alhamdulillah. Adam berjaya tidur awal dan bangun awal ke sekolah. Excited! Bangun pagi dengan ceria dan siap bersarapan. Maklumlah, jika hendak jadi pandai, mesti bersarapan. Bukankah ada pepatah perut kenyang, otak pun cergas. Hihi... tidak perlu dipujuk-pujuk untuk makan.

Lihat Adam. Gambar ini adalah gambar pada hari ketiga. Terserlah keceriaan dan keriangan anak. Bertambah ceria dengan uniform yang berwarna seperti pokok ceri ini :)


Gembira dan excited sangat. Namun sebenarnya di sebalik senyuman manis ini, terselit sedikit kedukaan. Adam stress. Ya, anak kecil juga boleh merasa stressStress kerana tiada kawan. Adam bercerita semalam yang dia menangis di school kerana tak seronok di sekolah. Cuma, stress kali ini, mama hanya boleh memberikan sokongan moral dari jauh. Tidak wajar untuk mama berumahtangga di tadika Adam pula.

Apabila di tanya kepada teacher, katanya memang Adam menangis. Sekejap sahaja. " Kenapa menangis? ". " Bila ramai budak menangis, Adam menangis sama ".

Mungkin juga Adam stress kerana kawan-kawan menangis, dan kemudian join sekali. Hihihi.... kasihan rasanya.

Nampak wajah Adam berubah apabila mama menyatakan yang mama perlu pergi kerja. Ini wajah semasa Adam dihantar ke tadika.


Wajah apabila mama hendak babai tidak pula mama snap. Muram sahaja. Tak sampai hati nak snap :)


17 comments:

  1. sayu kan tgk muka anak sayu bila kita babai dia nak g kerja.. huhuhu..

    ReplyDelete
  2. ish,...mengungkap sejarah bc entry ni....

    adam jgn nangis tau..lelaki kan hero

    ReplyDelete
  3. alorh2 comelnya..xpe kak,biasalah..nanti2 dia mesti akan lebih happy bila belajar nanti..jangan iso k.study lok2 adam.

    ReplyDelete
  4. Insya allah, seminggu je tu...plg kuat dia nangis kejab, nnt bila muka mama x nmpk sure dia ok...perubahan suasana tu...kuatkan semangat utk adam jgk k

    ReplyDelete
  5. jgn la camtu adam kan kuat...nti nk pandai kena la p skolah...
    tp mmg hati ibu sayu bila tengok ank muram je...pastu x sbr plak nk p ambik kan..

    ReplyDelete
  6. sangat comel dia..
    moga terus kuat dan cerdas :)

    ReplyDelete
  7. alahai comey nye adam dgn baju tadika dia tu..
    adam jgn nangis2 tau nti mama adam pun sedey

    ReplyDelete
  8. cantiknya baju adam, belajar rajin-rajin ye

    ReplyDelete
  9. tak pe adam... baru lagi ni... nanti lama2 mesti seronok...

    ReplyDelete
  10. lahai...adam, makan banyak sikit ye, baju tu nampak longgar je.. adam tumpang nangis bila rakan nangis? agaknya naim ni meraung kalau masuk tadika..pergi taska pun sepanjang tahun lepas ari2 ngis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu bagi saiz M. Kalo saiz S ok kot. Hihih

      Delete
  11. Cantiknya warna uniform sklh Adam. Belajar rajin2 ye Adam. Moga cemerlang dlm pelajaran (walaupun baru masuk tadika).

    ReplyDelete
  12. ceria sungguh kaler uniformnya. warna2 mcm ni mak2 pn suka tgk.

    ReplyDelete
  13. kamain striking uniform tadika tuh yer...patutlah Adam pun ceria jer...:)

    ReplyDelete
  14. ololooo nangis sbb tgk kwn nangis yer adam.. :)

    ReplyDelete
  15. Sweetnya Adam...Khalish pun baru nak Mesa ngan kengkawan

    ReplyDelete