Menu Berpantang Mengikut Jenis Darah

Banyak makanan diet mengikut jenis darah. Amalan-amalan pemakanan yang baik mengikut darah. Tapi, kali pertama saya mendengar amalan pantang mengikut jenis darah.

Jenis darah manusia : 0, A, B dan AB adalah berbeza-beza. Anti yang pergi checkup mengandung pada hari ini telah dipesan oleh doktor yang merawat. 

" Untuk darah O, masa berpantang, elakkan pemakanan yang banyak halia dan lada hitam. Sebab, lada hitam dan halia yang dimakan ketika berpantang akan menyebabkan bayi yang disusu ibu mudah terkena demam kuning yang tinggi ".

Memang halia dan lada hitam bagus untuk ibu yang baru lepas bersalin. Tapi, ianya tidak bagus dan memudaratkan anak yang baru lahir.

Kali pertama saya mendengarnya.

Bayi yang berdarah O memang cenderung terkena demam kuning yang tinggi. Lupa la... tapi MA pernah terbaca di majalah. Mungkin Pa&Ma. Tak ingat.

Hasil google, MA jumpa juga maklumat yang mengatakan kunyit juga tidak baik. Ini hanya untuk ibu-ibu berdarah O sahaja. Mungkin kandungan tiga bahan ini tidak sesuai dengan jenis darah O. Nak pulak pada bayi baru lahir yang begitu fragile.

8 comments:

  1. mmg betul ni... masa dlm pantang hari tu demam kuning nazif naik turun ikut pemakanan saya.. bila kena tegur utk kurangkan makan tiga benda tu terus takda kuning si nazif ni...

    ReplyDelete
  2. baru juga dengar pantang pun ikut jenis darah..tp sy bukan jenis o..:)

    ReplyDelete
  3. kaklong dan kakngah deno dulu, berpantang mknn2 ringkas je.. mcm sup ikan haruan, ikan haruan bakar, makan nasi ngan lada hitam.. tak pernah dgr pula kena berpantang ikut jenis darah..

    ReplyDelete
  4. itu memang betul..akak berdarah o+,anak2 ikut darah akak,walapon akak tak makan benda2 yg disebut tu diorg tetap kena kuning,disebabkan darah yg sama anak sulung kena G6PD,anak kedua tak kena tp dia ada eczema lak..penyakit sebab darah sama kot..

    ReplyDelete
  5. darah saya B+...tetap anak kena kuning..tp tidaklah sampai kena tahan di wad

    ReplyDelete
  6. baru tau pasal nih semua...thx yer sebab kongsi...:)

    ReplyDelete
  7. saya baru tahu...huhu...terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete