777

Mengajar Anak Solat | Bersembahyang


Mengajar anak solat atau bersembahyang bukanlah perkara mudah. Sekadar anak mengikut tertonggeng di belakang memanglah mudah. Tapi, untuk mengajar bacaan-bacaan agak susah juga.

Alhamdulillah, selain tertonggeng-tonggeng di rumah, Adam sebenarnya telah mula belajar sembahyang semasa di nursery. Alhamdulillah, sembahyang diajar oleh teacher yang sangat berdedikasi.

Untuk rekod, hafalan surah-surah ringkas yang Adam lakukan adalah hasil tunjuk ajar di nursery. Begitu juga dengan wuduk dan doa selepas sembahyang. Walaupun bacaannya ada yang terkurang di sana-sini, namun MA bersyukur kerana Adam telah menghafal doa-doa ringkas.

Di tadika baru, anak-anak juga diajar bersembahyang. Bacaan-bacaan di dalam solat, masih banyak yang Adam tidak tahu. Anak-anak di ajar solat dengan bacaan yang kuat supaya bacaan anak-anak dapat diperbetulkan. Ini MA saksikan semasa orientasi tadika Adam. Ustazahnya tegas ketika mengajar. 


Kelebihan di tadika baru ini adalah ketegasan ustazah mengajar. MA suka. Ketegasan dan bukan kegarangan. Rasanya Adam akan boleh mengaji atau bersembahyang dengan tajwid dan bacaan yang betul. Insya Allah. 

11 comments:

  1. Betul kata MA...
    Ketegasan penting nk ajar anak bersolat..
    Rajin kita tentu anak akan faham dan amalkan solat sejak kecil lagi.

    ReplyDelete
  2. betul tu..perlu tegas & bukan garangkan.
    dekat taska anak akak pun diajar bersolat,setiap waktu solat diorang akan bersolat.
    walapon bacaan masih kurang disana sini insha Allah..nanti anak2 kita akan lebih baik,yg penting diorang tahu solat dan pentingnya solat tu

    ReplyDelete
  3. inilah kelebihan bila kita hantar anak2 di nursery dan tadika berbanding bb siter
    semua ini akan diajar walau x sekerap mana
    sbb tu anak2 akk dari kecil dah didedahkan dengan environment nursery sehingga ke tadika
    even certain2 nursery , anak2 sekecil 2 tahun dah diajak sembahyang bersama ...
    syukur .. beginilah yg terbaik .. ;)

    ReplyDelete
  4. tegas dan garang tu lain maksudnya kan...nak ajar anak2 solat ni mmg perlukan ketegasan baru anak2 lekat utk solat...bagus nursery yg menegaskan dan mendedahkan anak2 kita dgn solat ni..

    ReplyDelete
  5. teringat ajar student2 wat practical solat..ibubapa ramai happy anak2 semangat setiap kali waktu solat di rumah..

    ReplyDelete
  6. bila anak dah mula bersembahyang pasti kita ibu bapa nih seronok melihatnya kan...

    ReplyDelete
  7. kelebihan anta sekolah kan...dyorg selain diajar berkawan ada jgk ajar len.. :)

    ReplyDelete
  8. bagus ada prndedahan awal sebegini, insya allah anak2 tak susah bila disuruh solat

    ReplyDelete
  9. setuju... anak2 penting diberi pendedahan awal :)

    ReplyDelete
  10. ya, bgus ajar di usia macamni.. pemikiran dorg cpt tgkap kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.... nanti MA nk update pasal Adam solat :)

      Delete