Mengajar Anak Bacaan Dalam Solat

Adam belajar solat di tadika. Walaupun secara kasarnya, sedikit surah-surah ringkas dan bacaan doa selepas solat telah Adam hafaz semasa di nursery, genap 7 hari di tadika telah ada satu perubahan besar yang sangat positif. Walaupun terdapat sedikit drama di pagi hari, berdating berdua setiap pagi, Adam semakin menyesuaikan dirinya.

Jika solat berjemaah, Adam dipesan untuk mengikut apa yang papa imam buat. Bacaan Adam pun, sama naik seperti imam. Seolah-olah dia lah imam muda. Hihii...

Yang mengejutkan kami adalah pada Jumaat 11 Jan 2013, Adam dapat membaca hampir kesemua bacaan dalam solat. Agak terkejut kerana Adam mampu mengingat semua sekali - doa Iftitah, bacaan rukuk, sujud, bacaan antara dua sujud, tahiyat awal dan akhir. Bacaannya masih banyak yang perlu diperbetulkan. Ada juga perkataan yang tertinggal, namun ia adalah satu perkembangan yang sangat positif. 

Ketegasan ustazah mengajar yang telah membuat MA tertarik menghantar Adam ke sini ternyata telah membuahkan hasil. Tak sangka dengan secepat ini. Baru hari ke tujuh. WOW. Terima kasih ustazah. Insya Allah lepas ini, banyak lagi yang Adam boleh belajar :)

14 comments:

  1. budak2 otak cepat tangkap..semoga adam menjadi anak yang soleh..aminnnnnn

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..kompom terharu bila dgr anak blh baca semua tu kn..

    ReplyDelete
  3. sejuk perut mama dia :) alhamdullilah

    ReplyDelete
  4. wahhhh... alhamdulillah.. momma kagum dengan adam!!! moga jadi anak yg soleh.. amin..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...adam dah pandai solat dan ingat bacaan2 dalam solat....moga jd anak soleh ^_^

    ReplyDelete
  6. ustazah yang bagus plus Adam yang cepat belajar menghasilkan sesuatu yang terbaik...tahniah untuk Adam...moga bertambah cemerlang lepas nih...:)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...

    p/s : Jalan2 dan singgah sini :)

    ReplyDelete
  8. Allhamdullilah teruskan ye Adam :)

    ReplyDelete
  9. Adam dh semakin hebat...alhamdulillah...didikan sekolah + rumah mmg cpt je bdk2x blaja... :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, Adam Good Boy :D

    ReplyDelete
  11. anak2 sebaya adam memang macam sponge.cpt menerima n hafal apa yg diajar.Alhamdulillah..good boy adam! semoga menjadi anak soleh..:)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah... semoga beliau terus ingat dan ingat.. hingga hujung nyawa...

    ReplyDelete