Mendidik Anak Mengenal Tuhan

Bagaimana mendidik anak mengenal tuhan? Agaknya belajar di tadika pasal tuhan, terus balik bertanya macam-macam pasal tuhan.

Kenapa tak boleh nampak tuhan?
Kenapa tuhan yang paling kuat?
Kenapa tuhan buat orang jahat?
Kenapa tuhan wujudkan syaitan?

Syaitan. Memang vocab baru untuk Adam. Maklumlah, hanya terdedah dengan perkataan "hantu" sahaja.

Menerangkan perkara-perkara begini mungkin nampak macam sangat mudah. Apa susahnya? Tapi sebenarnya ia mencabar juga, kerana setiap jawapan yang diberikan diubah menjadi soalan seterusnya.

Walaupun belum mumaiyiz, jika kena pada caranya, rasanya Adam akan faham. Cuma, perkara-perkara akidah macam ni, memang MA kena google ke sana ke mari. Rasanya, jika diminta menjawab soalan exam untuk soalan-soalan di atas, insya Allah ada point yang boleh diberikan. 

Namun, untuk menjawab soalan bertalu-talu dari anak kecil, MA perlu berfikir. Maklumlah, jawapan perlu kreatif dan mudah. Juga firm agar tidak boleh dimanipulasikan oleh ingata kuat seorang budak di lain kali. Ada sesiapa boleh bantu? Idea menarik? Buku yang sesuai?

11 comments:

  1. hehehe anak kecil mmg bijak dan ketagih nak tahu serba serbi. sebab tu ibu bapa dikatakan pencorak keperibadian anak. mungkin mama boleh kaitkan jawapan dengan benda dan perkara yang ada disekeliling kita. anak kecik ni banyak bertanya sbb dia rasa jawapan yg kita bagi tu belum cukup buat dia paham.mungkin boleh juga kaitkan jawapan dengan sifat allah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.... cuma kadang2 rasa jawapan tu tak cukup kreatif

      Delete
  2. my son pernah soalkan berkaitan hal nie...as mother terkedu nak cakap...tapi nasib baik my hubby tlg jawabkan...tapi biasa la jawapan yang diberi akan dibalas sebagai soalan...for me as long penjelasan tu munasabah insya allah anak akan terima...

    ReplyDelete
  3. hehe soalan biasa bg kanak2 sebaya adam.aiman selalu bertanyakan soalan sama. cthnya macam rupa Allah tu macam mana?. kadang2 terkelu gak lidah nak menjawab.kena cari jawapan yg sesuai takut kita tersalah ckp nti benda tu dia simpan dlm memori smp bila2.benda berkaitan akidah ni mmg kena hati2...:)

    sy kadang2 biar en suami je yg jawabkan.hehe

    bila pas solat suruh doa,aiman tnya aiman tak reti la nak doa,tak tau nak mintak apa dengan Allah..hehe

    tp lepas beri penjelasan dan bgtau itu ini selalunya dia boleh terima..

    ReplyDelete
  4. Soalan2 yg mancabar keintelektualan seorang ibu...

    ReplyDelete
  5. kalau ada buku atau info..kongsi yer..ema pun nak tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama tak ke kedai buku. mmg hajat nak mencari juga

      Delete
  6. Lama Wilma tak lawat blog MA ^_^
    Semakin banyak sharing yang MA bagi...
    Best sangat...
    Bagi Wilma, cara pengajaran budak-budak seusia Adam memang mencabar...
    Sebab daya imiginasi mereka terlalu tinggi...
    Kadang2 sukar untuk kita menjawab soalan-soalan mereka...
    Sebab itu, bila anak-anak buah Wilma tanya mengenai sesuatu apalagi mengenai keagamaan, Wilma kena berfikir dahulu...Dan adakalanya, sempat Wilma Google di internet guna handphone...
    Takut tersalah bagi informasi, nanti terpesong pulak pemikiran anak-anak buah Wilma ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.... MA pun macam tu juga. takut tersilap

      Delete
  7. Saya selalu bercerita dgn anak ttg kewujudan Allah, dosa, pahala, syurga, neraka, sysitan dan malaikat..syukur saya sekolahkan anak saya di PASTI sejak umurnya 4 tahun.gurunya byk menerangkan juga dlm bentuk cerita juga cd..kalau buku tu saya pun tak pasti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada juga membeli cd. tapi, saya kurang gemar kerana bahasanya adalah melayu indonesia. ada cd melayu?

      Delete