Melatih Anak Tidur Awal

Alhamdulillah, sejak bersekolah ( tadika ) ni, Adam tidur awal. Tiada lagi mata panda kerana perlu berjaga sehingga ke pagi. Lega rasanya. Kiranya sekarang, Adam ada waktu tidur yang betul : waktu tidur kanak-kanak.

Mungkin penat di sekolah. Tapi sebenarnya, untuk kemudahan kami sekeluarga, Adam dilatih tidur awal sejak dua minggu sebelum sesi persekolahan bermula.

Mulanya agak sukar juga. Puas memujuk Adam tidur. Agaknya tidak cukup penat bermain di siang hari. Itu yang mata bulat sahaja hingga ke malam.

Walaupun sukar, cuba juga untuk mewujudkan rutin. 10.30 malam, Adam perlu baring. Setiap malam. Akhirnya, berjaya juga. 10.30 malam terbaring di katil dan 11.00 malam akan tertidur =)

Start jam 10.00 malam sahaja, Adam diingatkan bahawa 10.30 malam dia perlu tidur. Jadi, jika Adam teringin nak main itu dan ini lagi, masih ada masa selama setengah jam. 

Setakat ini, alhamdulillah, jadual ini masih dipatuhi. 

Untuk weekend pula, biasanya tiada reminder untuk Adam. Namun mungkin telah menjadi kebiasaan, jam 11.00 malam Adam akan tidur.

Waktu bangun tidur pula, Adam memang tiada masalah =)


8 comments:

  1. teringat waktu kecik2 dulu, ayah cikgu ler selalu yg dukung sorang2 masuk tido dalam bilik, kejutkan dan mandikan kami adikberadik.umi cikgu pulak keja shift agak susah skit la.kalau tak pun umi sibuk kat dapur.huhuhu tetiba teringat kat ayah n umi

    ReplyDelete
  2. aiman mmg dia dh set dlm kepala otak,hari sekolah kena tido awal..paling lewat 9.30 dh kena mimpi smp ke bintang.hehe

    so far mmg takde masalah tido awal, cuma waktu cuti sy bg kelonggaran sikit tido lewat...:)

    ReplyDelete
  3. budak2 mmg kena tidur awal.. anak buah deno, adam.. sebelum masuk tadika selalu tido pukul 11-12 malam.. tapi sejak masuk tadika ni, pukul 9.30mlm mata dah kuyu... hihik.. penat la tu.. :)

    ReplyDelete
  4. Anak sy boleh je tido awal..asalkan mak dia pun kena tido awal...huhuhu..so kul 9 semua dah tergolek dah..

    ReplyDelete
  5. Memang agak payah hendak menyuruh anak tidur awal. Kalau hari sekolah anak-anak memang disuruh tidur jam 10 tetapi belum tentu tidur. Mereka masih bersembang antara adik beradik.

    ReplyDelete
  6. Kita pun selalu suruh anak tido awal...tapi susah sikitlah hihihi

    ReplyDelete
  7. Senangnya jaga adam..
    Anak2 akak tdo x da masalah, to bab bangun pagi susah sikit., tu yg akak masukkan tadika sesi
    Petang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... dulu tidurnya kul 2 pagi. Kul 5 bangun nk tgk dvd. Dkt2 nk g kerja, dia mula ngantuk. Syukur la skrg ni senang =)

      Delete