Kepentingan Sukan Terhadap Kanak-Kanak

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Ini sudah cukup membuktikan kepentingan sukan terhadap murid aka anak.

Untuk Adam, apalah sukan yang diceburinya... hihi.. cuma, semasa di nursery, MA enroll kan Adam ke kelas renang. Di tadika pula, taekwando diwajibkan. Jangan ditanya belt colour apa apa pegang, baru sahaja join. Grading pula hanya kepada pelajar 6 tahun =) Tapi, MA memang bercita-cita hendak masukkan Adam ke kelas taekwando suatu hari nanti.

Bukan sekadar mahukan anak sihat tubuh badan atau boleh mempertahankan diri, tapi, lebih lagi.

Berikut adalah kepentingan sukan kepada kanak-kanak :

  1. Membangunkan kekuatan otot
  2. Meluaskan pergaulan
  3. Melatih pemikiran kreatif
  4. Menanam sikap berdisiplin
  5. Membina keyakinan diri

dan untuk budak seperti Adam, yang paling penting adalah mendapatkan tidur yang berkualiti

Tapi, kalau dapat bermain di playground pun, cukup la sebagai satu aktiviti sukan untuk Adam di hujung minggu.

6 comments:

  1. mama adam ni cikgu gak ke?hehehe

    saya ni malas betey nak bersukan..haish...teruk kan?

    ReplyDelete
  2. a ah..setuju sgt. penting jgk melibatkan ank dgn xtvt sukan.. sukan ni bkn aje cergaskan badan.. malah mcergaskan otak..

    lya dulu mmg xtif sukan msa skolah

    ReplyDelete
  3. dulu PM masa sekolah rendah join Taekwando juga...:)

    ReplyDelete
  4. Elok didik anak bersukan dari awal, macam di usia adam ni. Masuk ke sekolah nanti mesti diorang ni aktif dlm koko.

    ReplyDelete