Kelebihan Melakukan Bedtime Story


Banyak tak buku dalam gambar? Mestilah banyak. Itu rak buku di POPULAR =) Kalau ada buku sebanyak ni, mesti seronok nak buat bedtime story dengan anak kan?

Pernah ke buat bedtime story ni? Sejujurnya, tidak pernah. Tidak pernah ada sesi bedtime story bersama Adam. Kenapa? Banyak alasan - penat. Lagipun takut Adam get excited, terus mata kuyu jadi bulat!

Sesi bercerita kepada anak sangat bagus dibuat. MA buat juga read aloud dan think aloud. Macam sama, cuma tak serupa. Dibuat bila-bila masa teringat, dan tidak menjadi rutin. Huhuhu..

Untuk tahun 2013 ni, MA berhasrat untuk mengadakan bedtime stories dengan Adam. Banyak kelebihan bedtime stories ni. Selain menjadi bonding activity for parents and kids, ada banyak lagi nilai tambah lain :

Kelebihan minda bawah sedar - masa anak nak terlelap ni, macam-macam perkara boleh disimpan ke dalam fikiran mereka. Inilah masa terbaik untuk psiko fikiran anak. Sebaiknya, pilihlah cerita-cerita nabi atau kisah tauladan.

Belajar vocabulary, bahasa yang baru - ada research mengatakan bedtime stories boleh membantu di dalam perkembangan membina kemahiran mendengar, menambah vocabulary, kreativity dan perkembangan kemahiran komunikasi lisan.

Nanti bila MA dah try, MA update ye. Sama ada mata Adam membulat atau tidur selepas selesai sesi bercerita =)


Published with Blogger-droid v2.0.9

11 comments:

  1. buat masa nih dengan Mifz kami nyanyikan lagu jer nak tidurkan dia...hehe

    ReplyDelete
  2. Dulu ada buat, hangat2 taik ayam. Huhu.. Skang dia buat kerja sek ja sblm tido. Xdak bedtime story dah...

    ReplyDelete
  3. saya tak penah try lagi, macam mana nk aplikasikan kalau dgn naim ni, dia yg tidur lagi lewat daripada mama dan papanya.. kalaau tak habis bateri semua hahdphone dan ipad takkda dia nak tidurnya.... nak cuba dengan nazif lak nanti...

    ReplyDelete
  4. mmg selalu buat dengan aiman.masa Aiman baby ada juga buat tp tak berapa best sbb komunikasi sehala.Aiman terkebil2 je tgok ibu syok sendiri.haha.skang ni boleh dikatakan setiap hari sekolah mmg bedtime story dulu..klu tak lmbtlah si chubby tu tido..:)

    ReplyDelete
  5. tgh praktikkan..walau kekadang mia yg cerita kat mama..mama lena dulu..

    ReplyDelete
  6. Saya pun br praktikkan....tiap hari cari bhn baru..

    ReplyDelete
  7. Kami tak bacakan buku cerita, tp sekadar cerita secara santai apa2 cerita +ve yg ada dlm kepala. Tu pun kdg2 tgh bercerita boleh tertidur. Yg mendengar, tidur kemudian.. Hihi..

    ReplyDelete
  8. Tringin gak nk buat tp firas selalu terlena lepas menyusu.....better bacakan kisah2 nabi....ni sekadar cadangan

    ReplyDelete
  9. anak buah deno, si adam.. kakngah sellau baca buku utk adam sebelum adam tido :)

    ReplyDelete
  10. leeja buat kadang2. klu boleh nak buat setiap hari, tapi kadang2 penant dan tak smpat nak bacakan. klu leeja bacakan buku, bukannya anak2 baring, masing2 duduk sbb nk tgk buku. mmg mata membulat.

    semalam, leeja suruh abg adam bacakan buku cerita. nk improve bacaan abg adam.

    Yes, i agree on family bonding. feel bless and great dapat buat macam nie. Alhamdulillah.

    ReplyDelete